Terdapat sebuah perigi di perkampungan Tuhala, Estonia yang mempunyai kedalaman hanya 2.5 meter. Peliknya, perigi ini mampu mencurahkan ratusan gelen air pada satu-satu masa sehingga membanjiri kawasan di sekitarnya.
Bagaimana perkara ini terjadi? Perigi ini sebenarnya berada di atas sebatang sungai bawah tanah. Ketika hujan lebat, air di sungai tersebut menjadi penuh. Akibat tekanan yang tinggi, airnya muncurah keluar dari perigi ini.
Selain itu, air yang mencurah juga terjadi akibat salji mencair ketika penghujung musim sejuk. Kejadian ini tidak berlaku setiap hari dan hanya berlaku beberapa kali setahun. Dari keunikan perigi tersebut, maka ramailah pelancong yang datang untuk melihat keajaibnnya dengan mata kepala sendiri.
Perigi ini dinamakan Witch Well yang bermaksud Perigi Ahli Sihir. Penduduk setempat percaya dengan cerita para ahli sihir membuat pertemuan di bawah perigi ini. Akibat pertelingkahan sesama sendiri, air pun mencurah membanjiri permukaan bumi.
Pada tahun 2010, sebuah syarikat ingin mengubah kawasan ini menjadi tempat perlombongan. Sudah pastilah ramai yang membuat protes yang datangnya dari pelbagai tempat. Sokongan protes melalui internet juga turut dikumpul.
unik,nyata
ReplyDelete