Pages - Menu

Tuesday, August 14, 2012

Tidak Kecil Hati, Neelofa Terima Teguran Yusof Haslam

Neelofa bogel telanjang
Neelofa
PETALING JAYA: Pelakon Neelofa menganggap teguran penerbit filem Datuk Yusof Haslam terhadapnya seperti yang disiarkan sebuah akhbar pada Ahad lalu bukanlah satu isu besar sebaliknya ia adalah nasihat daripada bapa kepada seorang anak.

Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor berkata dia tidak berkecil hati dengan teguran yang diterima daripada orang yang berpengalaman seperti Yusof, lebih-lebih lagi hubungan mereka akrab seperti sebuah keluarga.

"Ramai yang tidak tahu bahawa keluarga saya dan uncle (panggilan buat Yusof) saling kenal mengenali dan kami mempunyai hubungan yang agak rapat.

"Selama ini pun saya banyak minta tunjuk ajar daripadanya dan apa saja teguran atau nasihat yang diberi, saya terima kerana dah anggap beliau macam bapa sendiri. Sebab itu saya selesa memanggilnya uncle.

"Rasanya, berita tentang teguran uncle yang dikeluarkan Ahad lalu sengaja diperbesarkan oleh pihak ketiga," katanya yang dihubungi mStar online di sini, Isnin.

Datuk Yusof Haslam
Datuk Yusof Haslam
Ahad lalu, sebuah akhbar menerusi ruangan pojok melaporkan teguran Yusof terhadap sikap Neelofa yang dikatakan enggan memberi kerjasama mempromosikan filem Saya Amat Mencintaimu (S.A.M) terbitan Skop Production selain tidak hadir ke pelancaran filem itu.

Dalam artikel tersebut, Neelofa turut dikatakan tidak mengendahkan tawaran watak utama dalam sebuah filem baru terbitan produksi tersebut.

Dalam pada itu, tambah Neelofa, ketiadaannya ketika majlis pelancaran filem S.A.M pada 16 Julai lalu itu bukan sengaja dibuat-buat sebaliknya ketika itu dia berada di tanah suci Mekah menjalani penggambaran drama Kau Yang Terindah.

Sementara itu, Yusof yang dihubungi mStar Online pada Isnin berkata, dia tiada niat mahu memburukkan pelakon itu yang sudah pun dianggap seperti anak sendiri.

Sebaliknya kenyataan tersebut dibuat ketika beliau “berborak kosong” dengan wartawan akhbar berkenaan.
"Sebenarnya ia sekadar perbualan biasa antara saya dengan wartawan dan saya tak mahu perkara seperti itu diperbesarkan.

"Mengenai teguran tersebut, ia juga bukan niat saya untuk menjatuhkan atau memalukan Neelofa. Saya lihat dia mempunyai potensi besar untuk bergelar bintang. Apabila dilihat ada beberapa perkara yang tidak kena, saya tegurlah.

"Diharap, teguran itu diterima dengan positif. Sebagai orang muda, bukan sahaja Neelofa, sebaliknya semua artis perlu bersikap positif untuk menerima teguran dengan hati terbuka jika hendak berjaya,” katanya.

sumber- MStar

Maut kerana meja usang

TRAGIS...jenazah Azhari (gambar kecil) dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Serdang.
TRAGIS...jenazah Azhari (gambar kecil) dibawa keluar dari Bilik Mayat Hospital Serdang.
SERDANG: Hanya kerana meja usang, seorang peniaga minuman mati dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di sebuah tapak perniagaan di Seri Kembangan, di sini, awal pagi semalam.

Difahamkan, kejadian berlaku selepas mangsa, Azhari Sidek, 44, mengambil sebuah meja usang ditinggalkan di kaki lima tempat kejadian sebelum diletakkan berhampiran gerai miliknya.

Bagaimanapun, tindakan mangsa itu tidak disenangi seorang lelaki yang mendakwa meja berkenaan miliknya hingga berlaku pergaduhan kira-kira jam 2 pagi.

Lelaki terbabit dikatakan menjalankan perniagaan di kawasan sama.

Adik angkat mangsa yang enggan dikenali ketika ditemui Harian Metro di pekarangan Bilik Mayat Hospital Serdang, di sini, berkata akibat rasa tidak puas hati itu, lelaki terbabit memanggil beberapa rakannya untuk membelasah abangnya.

“Abang saya dibelasah lebih 12 lelaki. Ketika itu, ramai peniaga dan pengunjung menyaksikan kejadian itu namun tiada sesiapa yang berani membantu.

“Melihat keadaan abang yang sudah longlai dan tidak sedarkan diri, semua mereka melarikan diri. Orang ramai kemudian menghubungi ambulans sebelum abang dihantar ke Hospital Serdang,” katanya.

Bagaimanapun, abangnya meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Adik mangsa, Hamizi Sidek, 40, berkata dia menerima panggilan daripada pihak hospital memaklumkan abangnya sudah meninggal dunia dan memintanya datang ke hospital.

“Saya tidak tahu apa berlaku tetapi mengikut laporan polis abang saya dipukul sekumpulan lelaki. Abang saya sudah menjalankan perniagaan di tapak perniagaan itu sejak lima tahun lalu.

“Hasil bedah siasat, abang saya dimaklum meninggal kerana serangan jantung akibat dipukul dengan teruk. Saya menyerahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan menahan mereka yang bertanggungjawab,” katanya.

Bekas isteri mangsa dan tiga anak lelakinya masing-masing berusia 15 tahun dan kembar mereka berusia 12 tahun kelihatan tiba di bilik mayat hospital itu kira-kira jam 5 petang selepas dimaklumkan kematian mangsa.

Tiga anak lelaki arwah hanya mampu menitiskan air mata sebaik menatap wajah bapa mereka buat kali terakhir sebelum dikafankan dan dibawa menaiki van jenazah.

Difahamkan, jenazah akan dibawa pulang ke kampung halaman di Mengkarak, dekat Temerloh, Pahang dan dikebumikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan malah pihaknya sedang berusaha mengesan suspek.

sumber- HMetro

Remaja Malaysia sertai kelab bola sepak Itali

Sean Gan Giannelli
Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli
KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak remaja Malaysia yang baru berusia 15 tahun, Sean Gan Giannelli, akan menyertai kelab Itali, Atletico Arrezo untuk pasukan bawah 17 tahunnya di Tuscany pada 20 Ogos ini, selepas berjaya menawan hati jurulatih dan kakitangan teknikal kelab baru-baru ini.

Sean yang berdarah campuran Itali-Malaysia, merupakan pelajar Sekolah Sukan Bukit Jalil dan berlatih serta bermain dengan pasukan Bukit Jalil bawah 17 tahun, iaitu skuad pelapis pasukan kebangsaan.   

Bapanya, Massimo memberitahu Bernama dari Milan, beliau berbangga dengan pencapaian anak lelakinya memandangkan remaja itu menjadi rakyat Malaysia pertama mewakili kelab bola sepak remaja Itali selepas menjalani percubaan pada Jun.

"Dia anak muda yang bercita-cita tinggi dan matlamat hidupnya ialah bermain bola sepak secara profesional pada tahap tertinggi di Eropah dan daripada apa yang dia capai setakat ini, tidak ada apa yang tidak boleh dilakukannya," katanya menambah yang beliau sedang melakukan persiapan untuk Sean di Itali.

Katanya kepantasan dan teknik yang dipamer Sean sebagai pemain penyerang, memikat hati ketua jurulatih kelab Serie D itu Abel Balbo, yang juga bekas pemain pasukan Argentina dan bermain bersama legenda bola sepak Maradona.

Balbo menyumbat 150 gol ketika bermain dalam Serie A dan pernah bermain untuk kelab AS Roma, Udinese, Fiorentina, Parma dan Boca Juniors.

sumber- Bernama

Hujan lebat, ribut Felda Kota Tinggi rosakkan 100 rumah

rumah rosak
Jahrah, 58 bersama cucunya, Mohd Noramal Norhisham,5 menunjukkan keadaan rumahnya yang rosak teruk akibat ribut petang kelmarin.
KOTA TINGGI - Hujan lebat dan ribut yang melanda dua Felda di sini sekitar jam 4 petang kelmarin menyebabkan hampir 100 rumah penduduk rosak biarpun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Dalam kejadian itu, 60 rumah terjejas termasuk lima rumah di Felda Penggeli Timur mengalami kerosakan teruk selain turut melibatkan masjid, pejabat Felda, kedai dan sekolah agama.

Manakala di Felda Sungai Sibol, sebanyak 36 rumah terjejas termasuk lima rumah rosak teruk.

Turut terjejas sekolah kebangsaan, taman didikan kanak-kanak (tadika) dan balai raya.

Pokok tumbang timpa rumah

Dalam kejadian di Felda Sungai Sibol, seorang penduduk cedera ringan dan menerima rawatan di Hospital Kota Tinggi sebagai pesakit luar.

Penduduk, Jahrah Sujak, 58, berkata, rumahnya mengalami kerosakan teruk terutama di bahagian dapur, bilik air dan garaj akibat dihempap tiga pokok dalam kejadian itu.

Menurutnya, ketika kejadian, dia bersama anak bongsunya Noratiqah Aisyah, 22, dan suami Suliman Kasim, 61, berada di dapur untuk menyiapkan juadah berbuka.

“Ketika itu hujan sangat lebat berserta kilat dan guruh, tiba-tiba saya terdengar bunyi pokok seperti hendak tumbang di luar. Saya yang merasa tidak sedap hati segera mengajak suami dan anak ke hadapan.

“Kemudian tidak sampai dua minit kami meninggalkan kawasan dapur, kedengaran bunyi yang kuat menghempap bumbung bahagian belakang rumah dan dapur kami.

“Syukurlah Tuhan menggerakkan hati saya dan kami sempat beralih dari dapur, jika tidak, tak tahu apa yang bakal berlaku,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di Felda Penggeli Timur, semalam.

Katanya, juadah berbuka yang telah siap dimasak juga musnah manakala suaminya yang mempunyai penyakit darah tinggi turut demam kerana terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Seperti hujan batu

Bagi Kassim Mat, 70, kejadian itu adalah yang pertama berlaku di kampung tersebut sepanjang 35 tahun dia menetap di Felda Penggeli Timur.

“Sebelum ini tidak pernah pula berlaku ribut sehingga menjejaskan rumah penduduk. Malah hujan lebat yang turun juga seperti hujan batu.

“Akibat hujan itu, rumah saya juga banjir dinaiki air,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Felda Penggeli Timur, Mohd Maharol Adimi berkata, diharapkan penduduk terlibat dapat bersabar untuk menerima bantuan yang akan diberikan.

Bagi Ketua Kampung Felda Sungai Sibol, Hakim Abd Rahman berkata, pihaknya telah memulakan kerja-kerja penilaian dan bantuan segera kepada penduduk terlibat akan disalurkan secepat mungkin.

sumber- Sinar

Mesin santan dua dalam satu

MESIN MEMARUT KELAPA DAN MEMERAH SANTAN YANG DIHASILKAN unimap.
MESIN MEMARUT KELAPA DAN MEMERAH SANTAN YANG DIHASILKAN unimap. 
Pembangunan mesin pintar atau automatik bukan lagi industri baru di negara ini. Dengan perkembangan ini ia membantu industri kecil dan sederhana (IKS) di negara ini melangkau ke tahap lebih tinggi. Seterusnya mendorong kepada pembangunan teknologi industri kampung atau indigenous technology .

Pelbagai pihak sama ada individu atau agensi kerajaan berlumba-lumba mencipta mesin yang dapat membantu pengusaha industri luar bandar.

Satu daripada mesin yang paling popular pada musim perayaan selain mesin membuat kuih ialah memarut atau memerah santan secara automatik.

Terbaru, sekumpulan penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMap) memulakan penyelidikan pada tahun 2009 untuk membangunkan satu mesin dua dalam satu untuk mengeluarkan santan kelapa.

Mesin yang dibangunkan dengan menggunakan keluli tahan karat sebagai memenuhi syarat asas mesin berkaitan makanan merupakan mesin separa automatik untuk memenuhi keperluan pengusaha IKS.

Menurut ketua kumpulan penyelidik, Azmi Harun, mesin itu direka khas untuk memarut dan memerah isi kelapa secara berkesan.

Katanya, ia sangat berguna bagi mendapatkan santan secara maksimum dengan meningkatkan hasil dalam tempoh yang singkat.

''Konsep mesin ialah gabungan memarut dan memerah santan dalam masa singkat berbandng penggunaan mesin memarut dan memerah secara berasingan,'' katanya.

Mesin dua dalam satu sangat sesuai bagi pengusaha kerana ia meningkatkan produktiviti pengeluaran santan dalam tempoh yang singkat.

Ketika ini kata Azmi, kaedah konvensional membolehkan pengguna menghasilkan santan menggunakan kaedah memarut dan memerah secara berasingan.

''Kaedah ini memerlukan masa yang panjang jika ingin menghasilkan dalam kuantiti yang banyak," katanya.
Selain itu, kata beliau mereka perlu melakukan dua kerja dalam satu masa itu memarut dan kemudiannya memerah santan.

Sudah tentu ia membazir masa dan ada kemungkinan terdedah kepada kekotoran ketika pengendalian dilakukan.

Azmi memberitahu, dengan menggunakan kombinasi kerja dua dalam satu tentunya menjimatkan masa dan penghasilan lebih pantas dalam tempoh sejam.

Ini dibuktikan dengan ujian dan analisis kerja dijalankan oleh mereka selepas pembangunan badan mesin itu disempurnakan.

Kajian yang dijalankan oleh kumpulannya juga membabitkan perbandingan antara kaedah konvensional yang ada di pasaran dan penggunaan mesin tersebut.

Hasilnya didapati sebanyak 30 kilogram (kg) santan dapat dihasilkan dalam tempoh sejam menggunakan mesin dua dalam satu itu berbanding antara 20 dan 25 kg pengguna kaedah konvensional pada tempoh masa yang sama.

Mesin yang direka menggunakan tali sawat (belt) yang dipasang kepada alat memarut dan skru memerah.

Hanya satu motor elektrik digunakan yang membabitkan satu fasa motor berkuasa 1.5 kuasa kuda dengan kelajuan 1,420 rpm serta penggunaan voltan 240v, 7.3 ampere yang digunakan untuk memindahkan kuasa menggerakkan tali sawat.

Mesin beroperasi menggunakan satu suis untuk bekalan kuasa kepada motor yang diletakkan di bawah mesin.

Kuasa dipindahkan dari motor elektrik kepada kedua-dua alat memarut dan memerah dengan tali sawat jenis V.

Dua tali sawat digunakan iaitu satu daripada motor untuk memusingkan gear yang bersambung dengan skru pemerah dan satu lagi tali sawat dari motor kepada alat pemarut pada bahagian atas mesin.

Fungsi gear berpusing ialah untuk mengurangkan rpm motor elektrik dan mengoperasikan skru pemerah pada bahagian tengah mesin berkenaan.

Mesin juga boleh digunakan secara berasingan sama ada menggunakan pemerah atau pemarut.

Mekanismanya ialah mengubahsuai takal secara manual sama ada menarik atau menolak.

Mekanisme ini direka berdasarkan masalah jika pengguna menggunakan pemarut tetapi masih perlu menghasilkan santan menggunakan alat pemerah.

Mesin perlu dihentikan operasinya sebelum menolak atau menarik takal yang terletak pada motor elektrik secara manual bagi tujuaan mengasingkan operasi kedua-dua fungsi mesin.

Bila memulakan operasi mesin, hanya pemerah sahaja yang akan bergerak manakala pemarut kekal statik.

Sementara itu menurut Azmi, meskipun belum ada di di pasaran, mereka yang berminat boleh menghubunginya untuk berbincang mengenai pembangunan mesin. Tempoh dua minggu diperlukan untuk menyiapkan mesin berkenaan.

''Kumpulan kami masih melakukan penyelidikan ke atas mesin ini bagi tujuan penambahbaikkan. Tetapi sekiranya ada keperluan dari segi saiz kami perlu perbagaikan saiz.

sumber- Utusan

Anne Ngasri Enggan Tipu Anak-Anak Mengenai Status Diri

Anne Ngasri.
Anne Ngasri.
PETALING JAYA: Pelakon Anne Ngasri mengambil pendekatan enggan menipu anak-anaknya mengenai statusnya yang sudah berpisah dengan suami, Abdul Wafi Hassan walaupun mereka dilihat berkawan baik.

Anne, 28, berkata, dia mahu tiga anaknya mengetahui status tersebut agar mereka benar-benar faham apa sebenarnya yang telah berlaku di antara dia dengan bekas suamnya itu.

"Saya tidak mahu menipu mereka dan adalah lebih baik mereka faham kenapa bapa kandung mereka tidak tinggal serumah.

"Setakat ini anak yang sulung semakin memahami apa yang terjadi dan menerimanya dengan baik manakala dua adiknya masih belum faham perkara sebenar," ujarnya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Anne berkata, hasrat menceritakan kisah rumah tangga terhadap anak-anak bukan untuk memburuk-burukkan Wafi sebaliknya ingin mereka faham bagaimana sebuah keluarga yang mengalami kegagalan rumah tangga itu berfungsi

Malah kata Anne, bekas suaminya sangat mengambil berat dan masih menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang bapa dengan baik kepada tiga anak mereka iaitu Abdul Warits, 4, Abdul Wafri, 3 dan Nazharah Afrozah, 2.

"Wafi sering datang jumpa anak-anak dan menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa. Anak-anak juga memang rapat dengan dia," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai persiapan menjelang Aidilfitri, Anne berkata, setiap tahun dia akan mengutamakan anak-anaknya sebelum membeli pakaian untuk dirinya sendiri.

Bakal berkunjung ke rumah kekasihnya iaitu Alif Aziz di Singapura pada Hari Raya nanti, Anne memberitahu dia hanya akan bercuti selama seminggu sebelum kembali sibuk dengan penggambaran filem dan drama.

sumber- MStar

Misai A Galak Laris Sehingga Ke Singapura

A Galak
A Galak
KUALA LUMPUR: Bak kata pepatah! Tuah ayam nampak di kaki, tuah A.Galak pada misainya.

Itulah hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh pelakon Gerak Khas, A.Galak atau nama sebenarnya Zakaria Ahmad, 70, yang mengakui misai lintangnya itu menjadi pembuka rezekinya selama ini.

Beliau berkata, dek kerana misai itu, rezeki lakonan yang diterimanya tidak pernah putus sehinggalah ditawarkan berlakon di Singapura untuk sebuah drama komedi sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Percaya atau tidak sebuah syarikat produksi di Singapura menawarkan saya berlakon kerana misai saya. Penerbit drama itu memberikan saya watak sebagai penjual songkok cap misai,” katanya kepada mStar Online.

A Galak berkata, dek kerana faktor usia, misainya yang sudah beruban itu terpaksa diwarnakan menggunakan inai agar kelihatan menarik dan kemas.

Namun katanya, kadang kala dia menjadi rimas kerana misai itu sering kali mengganggu terutamanya ketika hendak menikmati makanan.

“Setiap kali saya menikmati aiskrim, mesti aiskrim itu terlekat pada misai saya. Tapi apa boleh buat, kalau saya potong misai ini, habislah rezeki saya nanti,” katanya yang gemar berjenaka.

Bercerita mengenai sejarah misai itu A Galak berkata ia bermula ketika penggambaran drama bersiri Roda Roda Kota Raya pada tahun 1990-an apabila pengarah drama itu, Datuk Yusof Haslam memintanya menyimpan misai.

Dipanggil sebagai 'Sarjan Misai' dalam drama bersiri Gerak Khas.
Dipanggil sebagai 'Sarjan Misai' dalam drama bersiri Gerak Khas.
Katanya, watak tersebut merupakan inspirasi seorang anggota polis trafik Jalan Bandar di sini bernama Sarjan Senin yang terkenal dengan misai lintangnya.

“Untuk menjiwai watak, saya pun menyimpan misai untuk drama itu sehinggalah ia sinonim dengan saya sampai ke hari ini,” katanya.

A Galak memberitahu tidak berhasrat memotong misai berkenaan kerana menganggap tidak ramai pelakon yang mampu dikenali dengan imej yang ditampilkan.

Katanya, walaupun sesetengah orang melihat wajahnya serius gara-gara misai lintangnya itu, tetapi sifatnya tidak seperti yang digambarkan banyak pihak malah beliau juga seorang yang suka berseloroh.

Dalam perkembangan lain jika tiada apa-apa tawaran berlakon, beliau akan menghabiskan masa di Kampong halamannya yang terletak di Rembau, Negeri Sembilan bersama isteri.

A Galak juga turut berbangga selama 35 tahun bergiat dalam dunia seni, dia dapat membuktikan mampu menyara kehidupannya sekeluarga termasuklah membesarkan lima orang anak yang sekarang berumur antara 25 hingga 40 tahun.

“Saya bersyukur, anak-anak saya kebanyakannya sudah berjaya dalam pelajaran hasil wang yang saya peroleh sebagai pelakon.

“Anak-anak saya ada yang bekerja sebagai arkitek, ahli perniagaan, pengurus syarikat serta pembantu perubatan. Saya juga hidup bahagia bersama 11 orang cucu,” katanya.

sumber- MStar

Bunkface Yakin Masih Ada Pengaruh Penjualan Album

Bunkface (dari kiri) Paan, Sam dan Youk bersama album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead yang akan dipasarkan selepas Aidilfitri ini.
Bunkface (dari kiri) Paan, Sam dan Youk bersama album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead yang akan dipasarkan selepas Aidilfitri ini.
PETALING JAYA: Kumpulan Bunkface masih menaruh harapan agar album terbaru mereka berjudul Bunk Not Dead mampu dijual biarpun senario penjualan album artis tempatan sedang merudum.

Vokalisnya Shamsul Annuar Mohd Baharom atau Sam berkata, atas semangat itu mereka amat menitikberatkan ciri-ciri kulit album dan kualiti muzik yang dipertaruhkan agar ia terus memikat peminat untuk membeli album kedua itu.

“Kami tidak pernah berputus asa walaupun menyedari senario penjualan album fizikal di negara ini merosot. Namun, kalau diperhatikan peminat muzik di luar negara masih teruja membeli album artis kesayangan mereka.

“Kami berharap masih ada kelompok peminat di sini yang menghargai kemunculan album fizikal untuk dijadikan koleksi peribadi. Maka sebab itu, kami begitu menekankan kualiti dan ciri-ciri album kedua ini,” katanya.

Sam dan dua lagi anggota kumpulan tersebut iaitu Ahmad Farhan Hashim (Paan) dan Mohd. Farouk Jaafar (Youk) ditemui pada majlis memeterai perjanjian bersama Warner Music Malaysia selaku pengedar tunggal album itu di Bangunan THK di sini, petang Isnin.

Darren Choy
Darren Choy
Katanya, sebagai nilai tambahan kepada peminat, album itu menawarkan sistem interaktif, AR yang pertama di dunia dengan kod tersembunyi untuk melihat gambar-gambar dan lirik lagu menerusi aplikasi telefon pintar Apple dan Android.

“Seiring dengan perkembangan teknologi, kami menawarkan ciri-ciri interaktif dalam album kali ini yang dinamakan album AR.

“Sistem ini membolehkan pengguna melihat gambar-gambar dan lirik lagu secara interaktif dengan mengimbas kod tersembunyi dalam album ini menggunakan aplikasi berkenaan,” katanya.

Mengenai perjanjian dengan Warner Music, Sam berkata hubungan baik sebagai rakan industri menyuntik keyakinan kepada mereka untuk bekerjasama dengan label itu.

Sementara itu, Pengarah Urusan Warner Music Malaysia, Darren Choy berkata, kerjasama dengan Bunkface sudah lama dirancang dan ia terjalin pada waktu yang tepat.

Bunkface memeterai perjanjian dengan Warner Music selaku pengedar album terbaru mereka.
Bunkface memeterai perjanjian dengan Warner Music selaku pengedar album terbaru mereka.
“Sebenarnya, sebelum saya menyertai Warner lagi saya sudah berhasrat untuk bekerjasama dengan mereka (Bunkface). Rupa-rupanya, dalam diam Warner menerusi Ketua A&R kami Mokhtaza Ahmad (Che Mokh) sudah ‘merisik’ mereka.

“Kemunculan album kedua Bunkface sekali gus menjadikan hasrat untuk bekerjasama ini satu kenyataan. Dengan kemahiran, pengalaman dan strategi pemasaran yang ada, kami yakin album ini mendapat sambutan apabila dipasarkan nanti,” katanya.

Album yang memuatkan 13 trek lagu itu mengandungi empat lagu bahasa Malaysia dan sembilan lagu bahasa Inggeris.

Diterbitkan sendiri menerusi syarikat Bunkface Production Sdn Bhd, album tersebut bakal dipasarkan selepas Hari Raya ini.

sumber- MStar

Flat Pekeliling: Terbiar Dan Berbahaya

BIMBANG tentang keselamatan mereka, orang ramai meminta supaya baki sembilan blok flat Pekeliling di Jalan Tun Razak diruntuhkan dengan segera.

Bangunan yang ditinggalkan itu dikatakan menjadi sarang penagih dadah dan tempat bersembunyi bagi pengemis.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah pun melaksanakan pemeriksaan ketat di Flat Tunku Abdul Rahman (Flat Pekeliling) di Jalan Tun Razak, di mana menjadi tarikan untuk aktiviti jenayah dan salah laku di bandar.

Flat Pekeliling berusia 45 tahun ini kini menjadi bangunan terbiar.
Flat Pekeliling berusia 45 tahun ini kini menjadi bangunan terbiar.
Bangunan yang berusia 45 tahun itu yang sepatutnya diruntuhkan pada awal tahun 2010 kini berada dalam keadaan terbiar berikutan isu perundangan yang berlaku.

Ia mencemarkan nama DBKL dan pihak berkuasa tempatan itu kini diberikan tekanan kerana dikatakan tidak berbuat apa-apa terhadap beberapa aduan yang dikemukakan oleh orang awam berkaitan dengan isu keselamatan dan keselamatan.

Flat berkenaan yang sudah pun dikosongkan sejak lewat 2008 dibiarkan usang.

Sejak itu, orang gelandangan, penagih dadah dan kutu rayau menjadikan flat 17 tingkat itu sebagai ‘kediaman’ mereka.

Pakar dan aktivis keselamatan, Kapten K. Bala berkata, flat yang ditinggalkan itu dilihat sebagai tempat yang sesuai untuk jenayah dan sarang kepada aktiviti-aktiviti haram.

“Flat-flat ini terletak di kawasan utama berhampiran dengan terminal bas dan stesen monorel, menjadi ia sebagai kawasan sesak dengan orang ramai. Ini menjadikan orang awam boleh menjadi mangsa jenayah,” kata beliau.

Menurut Bala, bangunan usang itu dikatakan menjadi peluang kepada aktiviti jenayah dan berkaitan dengan pembunuhan Ang May Hong yang berusia 10 tahun pada 1987, di mana kesnya masih belum selesai.

Salah satu unit rumah yang kosong dikatakan menjadi 'sarang berparti' dengan botol-botol minuman keras disusun di atas rak.
Salah satu unit rumah yang kosong dikatakan menjadi 'sarang berparti' dengan botol-botol minuman keras disusun di atas rak. 
“Mayat kanak-kanak perempuan itu dijumpai beberapa jam kemudian di sebuah rumah usang kira-kira 200 meter dari rumahnya di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur.

“Pembunuh itu, disyaki merupakan penagih dadah tidak ditangkap. Sejak itu, apabila saya melalui bangunan atau rumah kosong, ia mengingatkan saya bahawa jenayah seperti itu boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja,” kata Bala.

Beliau menambah, sebagai mengurangkan jenayah di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), isu-isu yang membimbangkan orang awam seharusnya diberikan perhatian sewajarnya.

“Jenayah boleh berlaku di mana-mana sahaja. Pencegahan adalah perlu dan kita mesti membasmi lokasi panas jenayah bagi menjadikan bandar lebih selamat,” kata Bala.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, beliau bersetuju dengan Bala mengenai Flat Pekeliling menjadi tarikan kepada aktiviti jenayah dan menggesa Kerajaan supaya membersihkan kawasan itu.

“Ia merupakan masalah lama dan terdapat banyak bangunan yang ditinggalkan di bandar ini yang menjadi lokasi persembunyian oleh pihak-pihak yang berkelakuan tidak baik. Kerajaan seharusnya mempercepatkan pembangunan atau sekurang-kurangnya meruntuhkan bangunan itu,” kata Lee.

Vandalisme: Lukisan grafiti di satu kawasan di salah satu aras.
Vandalisme: Lukisan grafiti di satu kawasan di salah satu aras.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi Malaysians Against Rape, Assault and Snatch (Marah) turut menerima aduan daripada ahlinya juga orang awam mengenai aktiviti berkaitan dengan jenayah di flat Pekeliling.

“Mereka bimbang tentang keselamatan mereka kerana terdapat banyak unsur yang tidak diingini dan aktiviti menyalahi undang-undang melibatkan mereka yang disyaki mengedar dadah dan penagih dadah.

“Beberapa kumpulan turut terlibat dalam aktiviti jenayah juga disyaki menggunakan bangunan berkenaan sebagai tempat pertemuan mereka dan untuk menyembunyikan barangan yang dicuri atau dadah. Sementara itu, kutu rayau pula menjadikan flat terbengkalai ini sebagai tempat perlindungan,” kata Pengasas Marah, Dave Avran.

“Flat tersebut tidak berpenghuni sejak 31 Disember 2008. Disebabkan lokasinya terletak di kawasan utama, kami menggesa supaya pemaju memulakan kerja mereka secepat mungkin kerana bangunan tinggal ini mendedahkan bahaya kepada ramai orang,” kata Dave.

Mereka juga bimbang struktur bangunan yang dibiarkan terlalu lama itu akan menyembahkan ia retak.

“Bumbung, pintu, tingkap dan paip begitu mudah runtuh sekiranya terdapat tekana berlaku, dan ini akan menjadi ancaman kepada mereka yang berada berdekatan,” kata beliau.

Penswastaan dan pembangunan semula bagi flat berkenaan diumumkan pada awal 1995 dan menjangkakan antara 8,000 sehingga 12,000 penduduk akan dipindahkan dalam dua fasa.

"Bangunan yang dibiarkan usang seperti flat Pekeliling menjadi lokasi sesuai sebagai peluang kepada aktiviti jenayah," kata Bala.
"Bangunan yang dibiarkan usang seperti flat Pekeliling menjadi lokasi sesuai sebagai peluang kepada aktiviti jenayah," kata Bala.
Pemaju yang dilantik oleh Kerajaan iaitu Asie Sdn Bhd mula meruntuhkan Blok A dan B pada akhir 2005 selepas kebanyakan penduduk dari 11 blok berpindah keluar, sebahagian besar mereka berpindah ke flat Taman Sri Rampai di Setapak.

StarMetro pada Januari 2010 melaporkan bahawa kerja-kerja merobohkan flat Pekeliling akan dilakukan dalam dua bulan dan flat Sri Terengganu yang berhampiran dijadualkan untuk diruntuhkan pada tahun yang sama.

Menurut laporan itu, semua blok di kedua-dua kawasan dijangka akan dirobohkan dalam tempoh satu setengah tahun.

Bagaimanapun, ia tidak dilakukan seperti dirancang. Menurut beberapa laporan sebelum ini, kawasan itu akan dilihat sebagai projek pembangunan semula yang diberi nama Taman Sari.

Projek tersebut merupakan sebahagian daripada usaha memperbaharui kawasan perumahan dan persekitaran lebih baik.

Flat Pekeliling merupakan antara projek perumahan terawal di Kuala Lumpur.

Sebanyak 11 blok flat berkenaan dibina antara 1964 dan 1967.

sumber- MStar

Raja segala ikan

BERTUAH...nelayan sungai, Abdul Fadil Abu Samah berjaya menangkap patin muncung Sungai Pahang seberat 33 kilogram.
BERTUAH...nelayan sungai, Abdul Fadil Abu Samah berjaya menangkap patin muncung Sungai Pahang seberat 33 kilogram.
JERANTUT: Harga ikan patin muncung Sungai Pahang mendominasi senarai harga ikan air tawar di negeri ini apabila mencecah RM280 hingga RM300 sekilogram, sekali gus mengatasi harga jelawat yang dijual pada kadar RM220 hingga RM250 sekilogram.

Bagaimanapun, harga yang tinggi bagi mendapatkan ikan yang boleh dianggap sebagai identiti negeri itu bukanlah penghalang sebaliknya orang ramai tetap mahukan ikan berkenaan seraya membuatkan permintaan terhadap patin muncung meningkat dua kali ganda berbanding biasa.

Tinjauan Harian Metro di beberapa pasar di daerah ini mendapati patin muncung pasti menjadi pilihan terutama di hujung minggu iaitu apabila anak penduduk yang pulang dari perantauan untuk menjalani ibadat puasa bersama keluarga masing-masing.

Di Jerantut, lokasi paling panas mendapatkan ikan air tawar segar ialah di Pekan Sehari Jerantut, Pasar Tani dan Pasar Besar Jerantut yang mula dikerumuni orang ramai sejak awal pagi.

Patin muncung, jelawat, temoleh, tapah, patin perak, patin buah, tenggalan, gerahak, baung kenderak, baung akar dan kerai adalah antara ikan sungai yang sering diburu penduduk setempat setiap kali ke pasar kerana rasanya yang enak jika dijadikan masak tempoyak, pais tempoyak, gulai rom dan masak asam belimbing buluh. 

Seorang peniaga di pasar besar Jerantut, Ruslan Wahab, 54, berkata permintaan ikan sungai sentiasa mendapat sambutan pembeli walaupun harganya mahal. 

“Saya mendapat bekalan ikan dari nelayan sungai di Kampung Pulau Mangsuk, Lada, Batu Embun, Jerantut Feri dan Kuala Teh. Biasanya ikan sungai yang dijual akan habis dalam masa sejam saja kerana pembelinya tetap ada walaupun harga ikan sungai asli cukup mahal.

“Ada kala, nelayan sungai selama ini menjadi pembekal, tidak dapat memenuhi permintaan kami kerana ada juga pelanggan sudah menunggu di jeti semata-mata mahu mendapatkan ikan sungai segar. 

“Harga patin muncung memang mahal sekarang terutama bagi yang mempunyai berat sekitar satu hingga tiga kilogram. Bagi yang bersaiz lebih besar, harganya murah sedikit tetapi masih melebihi RM200 setiap kilogram,” katanya.

Katanya, harga bagi ikan sungai asli yang lain seperti temoleh mencecah RM40 sekilogram, juara (RM24), tapah (RM60), patin buah (RM100), tenggalan (RM80), baung kenderak (RM24), gerahak (RM55), baung akar (RM40), kerai kunyit (RM30) dan kerai jelawat (RM60). 

Katanya, ikan sungai asli sering mendapat permintaan ramai kerana rasa isinya yang jauh lebih sedap berbanding ikan sungai diternak dalam sangkar.

sumber- HMetro

Pinjam wang secara ghaib

BUKTI...Juminah menunjukkan bungkusan mengandungi al-Quran beserta kain kuning yang diserahkan wanita terbabit.
BUKTI...Juminah menunjukkan bungkusan mengandungi al-Quran beserta kain kuning yang diserahkan wanita terbabit.
JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang mengaku pengamal perubatan tradisional kononnya menyediakan rawatan Islam berasaskan al-Quran, mengenakan syarat pelik iaitu perlu meminjam wang pelanggannya secara ghaib bagi mengupah jin untuk memulihkan rumah mereka daripada gangguan makhluk halus.

Lebih pelik, wanita berusia 48 tahun terbabit menyatakan wang RM6,450 itu muncul kembali dalam al-Quran yang dibalut dan dijahit dengan kain kuning pada hari raya nanti di rumah pelanggannya di sebuah perkampungan di Ayer Baloi, Pontian, dekat sini.

Menceritakan helah wanita berketurunan Orang Asli itu, Juminah Basir, 57, berkata pada awalnya pengamal perubatan terbabit meminta keluarganya menyediakan wang berkenaan untuk memenuhi syarat bagi upacara di rumah mangsa.

Menurutnya, wanita terbabit berjanji akan memulangkan wang itu selepas selesai upacara membersihkan rumahnya daripada gangguan makhluk halus.

“Pada 11 pagi pada 25 Julai lalu, saya bersama suami dan adik perempuan membawa wanita itu dari rumahnya di Kampung Parit Asam Kumbang Laut di Benut, Pontian, ke rumah kami di Kampung Ayer Baloi.

sumber- HMetro

Penipu wanita sunyi dicekup

HOCK SING (tengah) bersama pegawainya menunjukkan gambar lelaki kacak yang digunakan Awang Hitam untuk menyamar pada sidang akhbar di Melaka semalam.
HOCK SING (tengah) bersama pegawainya menunjukkan gambar lelaki kacak yang digunakan Awang Hitam untuk menyamar pada sidang akhbar di Melaka semalam.
MELAKA - Warga Afrika seperti tidak pernah serik dengan kegiatan menipu wanita kesunyian walaupun banyak tangkapan telah dilakukan dan yang terbaru tiga Awang Hitam itu dan seorang wanita tempatan berketurunan Portugis diberkas atas kesalahan sama di sini kelmarin.

Suspek-suspek berusia antara 26 hingga 37 tahun tersebut diberkas dalam serbuan di sebuah apartmen di Batu Berendam di sini pada pukul 12 tengah hari selepas polis melakukan risikan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintendan Soh Hock Sing berkata, sindiket tersebut menyasarkan wanita sunyi yang gemar melayari laman sosial untuk mencari teman berbicara.

Katanya, suspek menggunakan gambar lelaki kacak untuk menyamar dan memerangkap mangsa supaya jatuh cinta sebelum mula memperdaya wanita-wanita itu.

"Suspek kemudian menunjukkan beberapa sijil palsu menggunakan logo kerajaan Malaysia kononnya mereka diberikan projek bernilai jutaan ringgit termasuk pernah menerima cek berjumlah AS$1.8 juta (RM5.6 juta).

"Kesemua dokumen itu dihantar melalui e-mel dan mangsa yang sudi membantu suspek mengendalikan projek itu kemudian diarahkan memasukkan wang ke dalam akaun kononnya untuk membayar cukai, komisen dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar semalam.

sumber- Kosmo

Mati selepas samun warga emas

ANGGOTA polis memeriksa keadaan mayat seorang penjenayah yang mati mengejut selepas menyamun di Sungai Petani semalam.
ANGGOTA polis memeriksa keadaan mayat seorang penjenayah yang mati mengejut selepas menyamun di Sungai Petani semalam.
SUNGAI PETANI - Seorang penyamun tidak sempat menikmati hasil rompakan sebanyak RM20,000 apabila dia tiba-tiba diserang sakit jantung sebaik melakukan jenayah itu bersama tiga lagi rakannya dalam kejadian di Taman Orkid, Sungai Layar di sini semalam.

Kejadian pukul 10.15 pagi itu berlaku selepas suspek berusia 46 tahun tersebut menyamun seorang warga emas, Yeoh Ah Seng, 66, yang baharu mengeluarkan wang daripada sebuah bank di Taman Pekan Baru, di sini.

Mengimbau semula kejadian itu, Ah Seng memberitahu, kejadian berlaku apabila dia dalam perjalanan pulang dengan menaiki sebuah motosikal dengan wang itu dimasukkan ke dalam poket seluarnya.

Katanya, tanpa diduga, dua lelaki yang menaiki sebuah motosikal kemudian menghalangnya manakala dua lagi suspek mengacukan parang memaksanya berhenti.

"Suspek kemudian mengoyakkan poket seluar saya dan merampas wang tersebut. Saya kemudian lari ke sebuah rumah untuk bersembunyi.

"Ketika itulah saya ternampak salah seorang suspek terjatuh dari motosikal dan tidak lagi bergerak," ceritanya ketika ditemui semalam.

sumber- Kosmo

Siling runtuh, empat cedera

BEBERAPA pekerja sedang membaiki siling yang runtuh hingga mencederakan empat kakitangan Hospital Serdang semalam.
BEBERAPA pekerja sedang membaiki siling yang runtuh hingga mencederakan empat kakitangan Hospital Serdang semalam.
SERDANG – Seorang pegawai perubatan dan tiga jururawat cedera apabila dihempap 15 keping siling yang runtuh ketika sedang bertugas di kaunter jururawat wad kecemasan, Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital Serdang di sini semalam.

Kejadian pukul 2.45 pagi itu berlaku apabila siling-siling yang runtuh itu menghempap kepala dan belakang badan keempat-empat kakitangan berkenaan yang berada di kaunter tersebut. Beberapa pesakit yang berada di dalam bilik rawatan berhampiran tidak cedera.

Ekoran itu, seorang jururawat terpaksa menerima jahitan di tangan manakala tiga yang lain cedera ringan.

Pengarah Hospital Serdang, Datuk Dr. Ardi Awang (gambar kecil) berkata, siasatan awal pihaknya mendapati runtuhan berlaku apabila salah satu skru yang digunakan untuk mengikat dua penyokong lantai bumbung tercabut hingga menyebabkan satu lagi penyokong patah.

“Runtuhan itu kemudian telah menimpa seorang pegawai perubatan dan tiga jururawat berusia lingkungan 20-an. Mereka kemudian diberi rawatan segera dan tidak melibatkan kecederaan serius.

“Hanya seorang jururawat menerima jahitan di tangan akibat terkena serpihan runtuhan. Mereka kemudian meneruskan tugas seperti biasa hari ini (semalam),” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

sumber- Kosmo

Ibu buaya Sungai Telaga Air diburu

MOHD. SAIFUL menunjukkan mata kail yang akan digunakan untuk menangkap buaya di Sungai Telaga Air, Kuching semalam.
MOHD. SAIFUL menunjukkan mata kail yang akan digunakan untuk menangkap buaya di Sungai Telaga Air, Kuching semalam.
KUCHING - Keluarga nelayan yang berjaya menangkap seekor buaya yang hampir memasuki rumah mereka malam kelmarin, bertekad untuk menangkap seekor lagi reptilia tersebut yang kerap dilihat muncul di Sungai Telaga Air dekat sini.

Mohd. Saiful Sulaihi, 35, berkata, dia bersama rakannya kini merancang untuk memburu buaya yang dipercayai ibu kepada reptilia yang ditangkap malam kelmarin meskipun terpaksa mempertaruhkan nyawa bagi memastikan keselamatan anak-anaknya terjamin.

Menurutnya, mereka merancang untuk memasang empat mata kail dengan menggunakan umpan ayam selain tali sepanjang 18 meter pada setiap kali waktu air pasang bagi menangkap haiwan ganas berkenaan.

"Pada ketika air pasang adalah masa terbaik untuk menangkap ibu buaya tersebut memandangkan masa tersebut haiwan ganas itu gemar muncul ke permukaan air.

"Buaya yang difahamkan sepanjang 4.8 meter itu dipercayai bertelur di kawasan tepi Sungai Telaga Air ini," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Saiful memberitahu, lokasi yang dekat dengan sungai dan sentiasa dinaiki air pada waktu air pasang menjadi tempat buaya bertelur.

Menurutnya, beberapa penduduk kampung sering ternampak tapak kaki buaya berhampiran dengan kediaman masing-masing.

sumber- Kosmo

Malaysia bakal tegaskan pendirian

Najib dan isteri, Rosmah menunaikan umrah di Mekah  semalam.
Najib dan isteri, Rosmah menunaikan umrah di Mekah  semalam.
MEKAH - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di tanah suci Mekah awal pagi semalam bagi menghadiri Sidang Kemuncak Luar Biasa kali ke-4 Persidangan Kerjasama Islam (OIC) hari ini.

Beliau memulakan atur cara semasa berada di sini dengan menunaikan ibadah umrah bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Turut serta ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, Datuk Syed Omar Mohamad Al-Saggaf.

Sidang Kemuncak Luar Biasa OIC itu bertujuan membincangkan situasi terkini dunia Islam dengan hasrat mengembalikan dan mengukuhkan perpaduan umat Islam serata dunia serta memerangi unsur yang membawa kepada perbalahan dan kekacauan.

Sidang kemuncak anjuran Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz itu berlangsung di Istana As-Safa yang terletak bersebelahan Masjidil Haram.

sumber- Kosmo

Lelaki 'warak' jadi pencuri

RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan suspek sedang mencuri wang dari sebuah stesen minyak di Puchong, Selangor baru-baru ini.
RAKAMAN kamera litar tertutup menunjukkan suspek sedang mencuri wang dari sebuah stesen minyak di Puchong, Selangor baru-baru ini.
KUALA LUMPUR - Para pengusaha stesen minyak kini berdepan dengan jenayah licik seorang penganggur yang bertindak mencuri wang dari stesen berkenaan beberapa jam selepas diambil bekerja.

Kosmo! difahamkan sekurang-kurangnya tiga stesen minyak di Lembah Klang telah mengalami kerugian beribu-ribu ringgit akibat dipedayakan oleh lelaki berusia 20-an itu.

Terbaharu, lelaki terbabit berjaya mempedayakan pengusaha sebuah stesen minyak di Puchong, Selangor untuk mengambilnya bekerja pada Jumaat lalu.

Bagaimanapun, beberapa jam kemudian, lelaki yang menggunakan identiti palsu semasa memohon kerja itu mencuri RM4,268 dari stesen minyak itu.

Penyelia stesen minyak tersebut, Noorzieanna Naim berkata, dia tidak menyangka pemuda yang kelihatan warak itu didapati bertanggungjawab mencuri wang di stesen minyak berkenaan.

"Semasa dia minta kerja, kami lihat dia begitu baik dan jujur serta mempunyai pengetahuan dalam urusan stesen minyak.

"Mujur kami berjaya merakam perbuatannya mencuri melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

sumber- Kosmo

Rayuan jerat diri

Wan Mohd Shahril Wan Yunus
Wan Mohd Shahril dipenjara dua tahun dan didenda RM5,000 selepas mengaku salah memecah masuk sebuah kedai menjual motosikal sebelum melarikan sebuah motosikal bernilai RM4,500.
KUALA TERENGGANU- “Saya merayu agar mahkamah meringankan hukuman terhadap saya kerana sudah insaf dan nekad akan berubah tidak melakukan perbuatan jenayah lagi,” demikian rayuan seorang buruh, Wan Mohd Shahril Wan Yunus, 29.

Bagaimanapun, rayuannya seolah-olah ‘menjerat dirinya’ sendiri kerana sebelum ini, dia memiliki beberapa rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah rumah dan Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana melakukan curi dalam bangunan yang membuktikan dia hanya pandai berkata-kata.

Berdasarkan latar belakang itulah, rayuannya tidak berhasil apabila dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun dan denda RM5,000 atau jika gagal bayar 10 bulan penjara oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi menjatuhkan hukuman itu terhadap Wan Mohd Shahril selepas dia mengaku salah memecah masuk sebuah kedai menjual motosikal sebelum melarikan sebuah motosikal bernilai RM4,500.

Dia yang beralamat dari Kampung Segading Gelugor Kedai, di sini, mengaku melakukan pecah rumah dan mencuri motosikal Yamaha 125Z milik Mohd Amin Wan Ibrahim, 44, di kedai Maju Motor Enterprise Kampung Kubang Kota, Pengadang Baru, Jalan Kuala Berang, di sini, antara jam 3 hingga 4.30 pagi pada 1 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Asisten Superintendan Ngiam Ooi Ming manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Berdasarkan fakta kes, pemilik kedai berkenaan telah ke kedainya kira-kira jam 4.30 pagi, 1 Ogos lalu mendapati dawai besi di kedainya sudah terbuka selain kunci penyelak di pintu dipotong.

Sebelum itu, mangsa meninggalkan kedainya dalam keadaan baik dan pemeriksaan lanjut mendapati sebuah motosikal Yamaha 125Z bernilai RM4,500 hilang lalu membuat laporan di Balai Polis Chabang Tiga, di sini untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, Wan Mohd Shahril ditahan pada Jumaat lalu iaitu 10 Ogos jam 5 pagi oleh sepasukan polis dari Balai Polis Chabang Tiga yang ketika itu sedang menjalankan tugas pencegahan jenayah di lampu isyarat Sekolah

Rendah Kebangsaan  Losong selepas mendapati motosikal yang ditungganginya tanpa nombor pendaftaran.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati motosikal digunakan Wan Mohd Shahril pernah dilaporkan hilang sebelum ini.

sumber- Sinar

Port 'selamat' lepas nafsu

Bangunan Umno ini dikatakan menjadi tempat pasangan kekasih melepaskan nafsu mereka.
Bangunan Umno ini dikatakan menjadi tempat pasangan kekasih melepaskan nafsu mereka.
BANDAR TEMERLOH - Sebuah bangunan Umno lama yang terletak di bandar ini dipercayai menjadi tempat  pasangan kekasih melampiaskan nafsu mereka.

Peniaga, Mohd Redzuan Abdul Ghani, 34, berkata, golongan itu menggunakan tingkat atas bangunan terbabit bagi mengelak dikesan orang ramai atau pihak berwajib.

Menurutnya, kebiasaannya bangunan tersebut dikunjungi pasangan tidak bermoral itu pada waktu tengah malam kerana keadaan lengang dan dikatakan lebih 'selamat' daripada pandangan orang ramai.

“Memang ada perbuatan tidak bermoral dilakukan di bangunan ini terutama golongan remaja. Mereka dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh itu dalam masa yang singkat sahaja.

“Mungkin mereka tidak mampu menyewa bilik hotel murah, tambahan pula takut dicekup pihak Pejabat Agama Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Redzuan berkata, golongan remaja kini dilihat semakin bebas bergaul dan tanpa rasa segan berpeluk di khalayak ramai.

Katanya, masalah berkenaan perlu diatasi bermula dari rumah kerana institusi keluarga yang rapuh menyebabkan anak-anak tidak mendapat pendidikan agama secukupnya.

“Remaja yang masih di bangku sekolah terdedah dengan pelbagai faktor yang menjurus mereka melakukan perbuatan tidak baik.

"Budaya couple dalam kalangan pelajar sekolah perlu dibendung kerana boleh membawa banyak keburukan. Daripada couple itulah mereka terus hanyut dalam cinta monyet hingga membawa kepada perkara tidak sepatutnya,” katanya.

sumber- Sinar

Dua-beradik maut ketika dalam perjalanan ke bazar Ramadan

Mayat mangsa yang maut ditempat kejadian ditutup sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
Mayat mangsa yang maut ditempat kejadian ditutup sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.
IPOH - “Saya tak sangka niat mereka untuk pergi bersendirian ke Bazar Ramadan Sauk petang semalam (kelmarin) tanpa ditemani ayah dan kakak jadi petanda. Itulah kali terakhir saya bertemu mereka.

“Adik pula tidak habis-habis bermanja dengan saya memeluk badan, membelai rambut dan mencium saya berkali-kali serta merebahkan diri ke betis seperti tidak mahu berpisah dengan saya pada waktu tengah hari sebelum kejadian tersebut.

“Abang pula berkelakuan aneh apabila tidur kira-kira sejam tengah hari dengan menutupi kesemua badannya dengan selimut saya sedangkan itu bukan tabiatnya,” kata Nor Madiah Rasidi, 45, ibu kepada dua adik beradik Muhamad Hizamuddin Ibrahim, 15 dan Mohd Izwan,

13, yang maut dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan ke Bazar Ramadan Sauk, Kuala Kangsar, petang kelmarin.

Anak keempat dan bongsu daripada lima adik beradik itu lazimnya pergi membeli juadah berbuka puasa dengan dua motosikal secara konvoi namun pada hari kejadian mereka meminta izin pergi sendiri.

“Mereka memang rapat sejak kecil namun tidak terlintas di fikiran saya dan suami (Ibrahim Musa, 54) sesuatu yang buruk akan terjadi walaupun mereka berkelakuan pelik sepanjang hari kejadian.

“Semasa Muhamad Hizamuddin mengambil motosikal, adiknya Mohd Izwan berkali-kali memberitahu saya yang dia sudah hendak pergi meskipun saya telah menjawabnya,” katanya.

Berita kemalangan itu disampaikan rakan anaknya kepada suaminya kira-kira jam 5.45 petang kelmarin.

“Kami amat sedih, mereka anak yang rajin membantu ayahnya. Apatah lagi umat Islam akan menyambut raya hanya beberapa hari sahaja lagi namun kami reda.

“Lebih menyedihkan baju yang ditempah mereka masih berada di kedai jahit,” katanya yang tinggal di Kampung Masjid Kuak, Lenggong.

Jenazah  mereka dikebumikan jam 1 pagi semalam di Tanah Perkuburan Kampung Kuak, Lenggong.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar Asisten Komisioner Abdul Ghaffar Muhammad berkata, dalam kejadian jam 5.15 petang itu, motosikal jenis Modenas Kriss yang ditunggang Muhamad Hizamuddin bersama Mohd Izwan dalam perjalanan dari Lenggong ke Pekan Sauk.

Motosikal itu dipercayai mengekori rapat di belakang sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Hilux sebelum kenderaan itu berhenti di jambatan Sauk bagi memberi laluan lori lima tan dengan muatan kayu getah yang datang dari arah bertentangan.

“Akibatnya, motosikal tersebut melanggar pacuan empat roda itu sehingga menyebabkan penunggang dan pembonceng terjatuh ke laluan bertentangan dan dirempuh lori,” katanya.

Kedua-dua adik beradik itu maut serta merta di tempat kejadian manakala pemandu lori berusia 45 tahun tidak cedera.

Mayat mereka dibawa ke Hospital Kuala Kangsar untuk bedah siasat.

sumber- Sinar

Khasiat Buah Tunjuk Langit

Buah Tunjuk Langit atau di kenali sebagai Skyfruit berasal dari kawasan yang tidak tercemar di Selatan Pasifik, khususnya di Kepulauan Solomons. Penduduk asli di situ telah menggunakan Buah Tunjuk Langit ini sejak turun temurun bagi tujuan kesihatan dan perawatan. Tetapi di Malaysia, Buah Tunjuk Langit agak kurang popular mungkin kerana sukar untuk mendapatkan buah ini.
 Khasiat Buah Tunjuk Langit
 Khasiat Buah Tunjuk Langit
Pada tahun 1996, sekumpulan pakar teknologi Bio-Kimia dari Amerika Syarikat telah berjaya menperolehi suatu penemuan yang penting tentang Buah Tunjuk Langit, iaitu ia mengandungi kandungan Flavonoids dan Saponins yang tinggi.
Kini, khasiat Buah Tunjuk Langit ini telah di proses secara saintifik dan di pek bagi kemudahan pengguna di seluruh dunia, dan keberkesanan nya telah terbukti Kandungan Aktif dalam Buah Tunjuk Langit (SkyFruit) :
1. Flavonoids
-Melancarkan pengaliran darah terutamanya mencegah saluran darah daripada tersumbat-Mengurangkan kandungan tahap kolestrol serta mengurangkan penimbunan lemak pada dinding saluran darah.
-Mengurangkan kadar risiko penyakit koronari jantung.
- Tindakan anti-inflamasi yang berkesan, menggalakkan pertumbuhan anti inflamasi dalam system tubuh badan yang berkenaan.
-Membantu mengurangkan kesakitan, pendarahan, lebam dan juga mengurangkan kecederaan tisu baban.
-Bertindak sebagai anti pengoksidaan.-Mempunyai fungsi penyingkiran Radikal Bebas (Free Radical)
2. Saponins
-Menjadi agen penghalang penyakit barah dan mengurangkan lemak badan / kolestrol.-Meningkatkan system imuniti dan mempertingkatkan kecergasan.
-Mengurangkan pembekuan darah dan tahap gula dalam darah.
-Menguatkan fungsi jantung dan melambatkan proses pembekuan darah. Di samping itu, Buah Tunjuk Langit juga mengandungi pelbagai sumber semulajadi seperti protiem, mineral, vitamin, enzim, karbohidrat, asid lemak perlu dan beberapa zat-zat penting yang diperlukan oleh tubuh badan.

sumber- dR

Khasiat Buah Delima

Siapa yang tidak kenal dengan Buah Delima. Buah Delima sangat menarik sama ada bentuk, warna kulit mahupun bijinya. Intipati buahnya yang berwarna merah dan lazat bagaikan mata air salsabil disyurga. Sesetengah orang menganggapnya lambang kelahiran, kehidupan dan kematian. Biji-biji buah Delima mengandungi khasiat dan dapat mengeluarkan banyak air.
Khasiat Buah Delima
Nabi Muhammad SAW bersabda, “Tidak ada delima yang tidak mempunyai buah dari delima surga di dalamnya” (HR Abu Nu’aim)
Rasulullah bersabda,
“Buah delima dan kulitnya memperkuat pencernaan di perut.”
(HR Abu Nu’aim dan Al-Jauzi)
Setiap kali Ibnu Abbas mendapat buah delima, dia akan memakannya. Orang-orang menanyakan kepadanya mengapa dia melakukan hal itu, dan dia menjawab, “Aku benar-benar percaya bahawa tak ada satu pun buah delima di dunia ini yang tidak mengandung satu biji dari salah satu biji dari syurga. Barangkali biji ini adalah yang dari syurga itu.” (Kisah sahabat)
Khasiat perubatan telah dijumpai sejak 8000 tahun yang lalu oleh masyarakat Parsi Purba kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, Magnesium dan Calcium.
Antara khasiat buat delima mengikut buku perubatan Parsi termasuk :

  1. Membaikpulih fungsi hati dan limpa
  2. Mencuci buah pinggang dan salur kencing
  3. Membantu penghadaman
  4. Membuang lemak-lemak berlebihan
  5. Menambah tenaga
  6. Mengelakkan alahan bagi wanita mengandung
  7. Mengubahsuai hormon bagi wanita menopause
  8. Membaiki sistem pembersihan dan pengaliran darah
  9. Merawat @ membaik pulih pesakit kencing manis
  10. Menambahkan tenaga dan mengelak dari penyakit lemah tenaga batin
  11. Mencantikan kulit
Dari kajian perubatan moden Jus Delima mempunyai khasiat-khasiat lain seperti:-

  1. Mengurangkan pengumpulan lemak di dinding pembuluh darah, mengelakkan dari salur darah tersumbat dan mengeras yang menjadi punca penyakit jantung
  2. Mengurangkan tekanan darah sebanyak 5% di kalangan pesakit tekanan darah tinggi jika mengambil Jus Delima sebanyak 50cc setiap hari selama 2 minggu
  3. Menghalang pembentukan sel barah payu dara Di Jepun terdapat laporan yang menggalakkan pengambilan Jus Delima dalam membantu mengubati penyakit jantung, tekanan darah tinggi, menambah tenaga, untuk kecantikan kulit dan banyak lagi khasiat lain .
sumber- Melayukini