Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, July 16, 2012

Saya dah penat sendirian

BAHAGIA...Suleiman dan Senang bersama anak serta saudara selepas bernikah di Masjid Ungku Mohamad, Skudai Kiri, kelmarin.
BAHAGIA...Suleiman dan Senang bersama anak serta saudara selepas bernikah di Masjid Ungku Mohamad, Skudai Kiri, kelmarin.

JOHOR BAHRU: “Saya diperkenalkan dengan Senang pada 2 Julai lalu oleh anak dan mengambil keputusan bernikah dua minggu kemudian selepas dipersetujui keluarga kedua-dua pihak.

“Saya beranggapan Senang sesuai dan serasi dengan saya. Kerana itu saya gembira dan bersyukur kerana dapat memperisterikannya,” kata Suleiman Shahdan, 76, selepas bernikah dengan pasangannya, Senang Saidak, 71, ketika ditemui di Masjid Ungku Mohamad, Skudai Kiri, di sini, kelmarin.

“Saya sudah penat bersendirian selama ini. Sebagai manusia biasa, walaupun sudah tua kita tetap perlukan teman hidup bukan saja boleh menemani, malah menjaga kita.

“Saya anggap pernikahan kali ini anugerah yang tidak ternilai dan berharap ia berkekalan sehingga hujung nyawa kami,” katanya.

Berkongsi kegembiraan bertemu jodoh pada lewat usia, Suleiman menyifatkan ia satu anugerah tidak ternilai buat dirinya selepas menduda lapan tahun.

Menurut Suleiman yang juga pembantu imam Masjid Ungku Mohamad, Skudai Kiri, sejak menduda, dia berdoa pada setiap hari supaya dipertemukan dengan wanita solehah yang boleh diperisterikan seterusnya menemaninya melayari sisa hidup.

Berbeza dengan Senang yang sebelum ini tertutup pintu hati selepas menjanda dua kali akibat kematian suami, dia tidak menyangka perkenalan singkat itu membuka kembali hatinya untuk menerima teman hidup.

“Selepas bekas suami meninggal dunia akibat sakit tua kira-kira 10 tahun lalu, pintu hati saya tertutup untuk berkahwin lagi walaupun sering didesak anak.



“Saya memang tidak sangka akan bernikah lagi pada lewat usia, mungkin inilah yang dikatakan jika jodoh memang tidak ke mana,” katanya.

Menurut Senang, dia terpikat dengan sikap kepemimpinan yang ada pada Suleiman dan membuatkannya sudi menerima lelaki berkenaan untuk menjadi suami.

Senang berasal dari Sungai Danga, di sini, dan Suleiman yang berasal dari Skudai Kiri, masing-masing dikurniakan lima dan enam anak berusia 30 hingga 46 tahun hasil perkahwinan lalu.

Majlis pernikahan pasangan itu meriah dalam suasana hujan renyai dengan dihadiri lebih 300 tetamu.

sumber- HMetro

Kuat ingat wajah ibu

LAPOR...ibu mangsa menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya. Gambar kecil, Halimah.
LAPOR...ibu mangsa menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya. Gambar kecil, Halimah.
KEPALA BATAS: “Wajah ibu dan kitab al-Quran dalam beg menaikkan semangat saya untuk meronta sekuat hati sebelum berjaya melepaskan diri daripada genggaman lelaki berbadan besar itu,” kata murid tahun tiga yang nyaris menjadi mangsa culik tiga lelaki menaiki sebuah van putih, Khamis lalu.

Kejadian berlaku ketika mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 9, baru pulang dari sekolah agama tidak jauh dari rumahnya, dekat sini, jam 11.20 pagi.

Ketika kejadian, mangsa baru turun daripada kereta jiran yang diupah mengambilnya dari sekolah setiap hari dipercayai mahu melintas jalan untuk pulang ke rumahnya sebelum dihampiri sebuah van putih dinaiki tiga lelaki.


Menceritakan saat menakutkan itu, anak bongsu dua beradik itu berkata, seorang daripada lelaki terbabit menarik tangan kanan sambil mengarahkannya masuk ke dalam van menggunakan bahasa Melayu.

sumber- HMetro

Arwah sempat peluk saya

MUHAIMIN... sedih hilang sahabat baik. Gambar kecil, Khafiz, maut.
MUHAIMIN... sedih hilang sahabat baik. Gambar kecil, Khafiz, maut.

TANAH MERAH: “Ketika berada di hospital, arwah sempat memeluk saya walaupun percakapannya sudah tidak jelas. Sudah enam tahun kami kenal rapat dan saya terpaksa menerima pemergiannya sebagai takdir.”

Demikian menurut Abdul Muhaimin Yahya, 25, mengenai kejadian menimpa rakan baiknya, Abdul Khafiz Mohamed Norok, 25, yang disahkan meninggal dunia selepas cuba menyelamatkan diri ketika dirompak di Kaherah, Mesir, awal pagi Rabu lalu.

Kedua-dua pelajar Universiti Al-Azhar itu berdepan detik cemas ketika menaiki sebuah van dalam perjalanan pulang ke kediaman mereka di Shoubra selepas menghadiri perjumpaan pelajar Malaysia di Abud di pinggir Kaherah, kira-kira jam 1.30 pagi.


Menurut Abdul Muhaimin, dia pada awalnya sudah mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila pemandu van terbabit membuat pusingan U selepas menaiki kenderaan terbabit.

sumber- HMetro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...