Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Wednesday, July 25, 2012

Pengeluar tauhu dan tempe Indonesia ancam henti pengeluaran

Pengeluar tauhu dan tempe Indonesia ancam henti pengeluaran
Penjual tauhu kuning di sebuah pasar di Bogor, Jawa Barat, Indonesia. Produk itu berkemungkinan tidak dapat disajikan di beberapa kawasan. - Foto EPA
JAKARTA - Tauhu dan tempe iaitu hidangan wajib bagi sebahagian besar penduduk Indonesia, berkemungkinan tidak dapat disajikan dalam beberapa waktu lagi minggu ini di beberapa kawasan.

Harga kacang soya iaitu bahan utama membuat tauhu dan tempe yang melambung sejak kebelakangan ini, menyebabkan ribuan pengeluar produk makanan itu di kawasan Jakarta dan beberapa daerah di sekitarnya mengancam untuk menghentikan pengeluaran mereka pada minggu ini. 

Para pengeluar tauhu dan tempe di beberapa negeri di Indonesia kini mengeluh kenaikan harga kacang soya yang berpunca daripada musim kering di Amerika Syarikat itu menyebabkan bekalannya dalam negara berkurangan dengan banyak. 

Ketua Forum Komunikasi Masyarakat Pengeluar Tauhu, Tempe Sukabumi, Dadang Jamaludin berkata harga kacang soya pada masa ini sudah mencecah Rp8,200 sekilogram sedangkan harga yang sesuai bagi para pengeluar produk itu ialah Rp5.500 sekilogram.

Kenaikan harga kacang soya menyebabkan harga jualan tauhu dan tempe juga terpaksa dinaikkan dan mereka bimbang akibat kenaikan harga itu, produk mereka tidak lagi dibeli oleh masyarakat kumpulan menengah dan ke bawah, yang merupakan kumpulan utama bagi pasaran produk itu.
Dalam keadaan normal, harga kacang soya berkisar antara Rp6,000 dan Rp6,500 sekilogram. 

Seorang pengusaha tauhu dan tempe dari Purwokerto, Banyumas, Nunung, 42, misalnya, mengurangkan pengeluarannya daripada 75kg kacang soya sehari menjadi 50kg sehari kerana permintaan masyarakat juga berkurangan sejak akhir-akhir ini. 

Ada pengusaha tauhu dan tempe di Kota Depok (Jawa Barat) sudah pun berhenti mengeluarkan produk itu mulai hari ini. 

Keperluan kacang soya peringkat nasional pada masa ini ialah kira-kira 2.4 juta tan setahun, atau kira-kira 200,000 tan sebulan, kata anggota Suruhanjaya XI Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia Arif Budimanta.

Daripada jumlah itu pengeluaran kacang soya dalam negeri hanya 40 peratus dan selebihnya diimport. 

Arif berkata peningkatan dalam penggunaan kacang soya dari semasa ke semasa adalah sejajar dengan meningkatnya jumlah penduduk. 

Pada masa yang sama, bahan ini bukan sahaja digunakan sebagai makanan manusia tetapi juga campuran makanan ternakan dan satu daripada sumber tenaga bio.

sumber- Bernama

Tuesday, July 24, 2012

Pontianak bertenggek atas pokok nangka

gambar pontianak / kuntilanak

MUARAENIM - Penduduk Kecamatan Talang Ubi, Muaraenim, Sumatera Selatan  kecoh apabila salah seorang dari warganya menangkap gambar misteri tanpa disengajakan

Imej misteri itu dikatakan pontianak atau masyarakat setempat memanggilnya kuntilanak yang sedang bertenggek di atas pokok nangka sambil kepalanya menunduk ke bawah.

“Kejadian tersebut berlaku di Kelurahan Talang Ubi Timur, Kecamatan Talang Ubi, Muaraenim,” kata Eddi, penduduk Talang Ubi Timur di Muaraenim.

Menurut Eddi, gambar tersebut di ambil secara tidak sengaja sekitar pukul 3.30 petang. Kebetulan waktu itu dia hendak ke rumah Riki yang terletak berdekatan dengan pejabat Camat Kelurahan Talang Ubi Timur.

Setelah tiba di rumah Riki, dia hampa kerana Riki tiada di rumah lalu dia beransur pulang.

Namun setelah berjalan hampir 10 meter, terdapat suara yang memanggil namanya “Eddi”. Dia menoleh sekeliling mencari dari manakah arah suara tersebut tetapi tiada sesiapa pun di situ. Dengan perasan yang berdebar dan menyeramkan, dia terus meninggalkan tempat tersebut.

Ketika dalam perjalanan pulang, dia terlihat Sulastri, warga Talang Ubi Timur sedang duduk santai bersama anaknya di bawah pokok nangka.

Disebabkan Eddi agak mengenali Sulastri, terlintas untuk dia mengambil gambar Sulastri bersama anaknya menggunakan kamera digital yang di bawa.  Seminggu kemudian, Eddi mencuci gambar-gambar yang telah diambil sebelum ini.

Mengejutkan apabila hasil dari gambarnya mempunyai imej lembaga yang misteri . “Saya hanya mengambil gambar Sulastri. Tetapi, setelah dicetak lain pula yang keluar,” katanya.

Sementara pemberita ingin menghubungi Sulastri, warga Talang Ubi Timur yang berada dalam foto tersebut, dia tiada di rumah dan berada  di kebun sekitar daerah Setuntutung Talang Ojan.

Gadis 13 Tahun Hamil Selepas Berenang Dalam Kolam Renang

children
gambar hiasan

WARSAW – Seorang wanita Poland bertindak menyaman sebuah hotel di Mesir setelah mendakwa anak gadisnya hamil selepas menggunakan kolam renang di hotel berkenaan, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu, Magdalena Kwiatkowska meminta ganti rugi kerana anak perempuannya yang berumur 13 tahun hamil akibat sperma yang berkeliaran dalam kolam renang.

“Ibu remaja itu yakin anaknya tidak mengadakan hubungan seks dengan lelaki ketika berada di Mesir.

“Dia bertekad untuk meneruskan saman tersebut,” kata satu sumber industri pelancongan.

Pihak berkuasa pelancongan di Warsaw, Poland mengesahkan menerima aduan ganjil itu.

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...