Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, August 2, 2012

Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik Dan Unik

Lilin pada asalnya digunakan untuk dijadikan sebagai pengganti cahaya sebelum wujudnya lampu. Walaupun kita sudah berada di zaman yang serba moden, penggunaan lilin tidak terhenti setakat itu sahaja. Ini kerana lilin juga digunakan sebagai satu bentuk pencahayaan di sesebuah ruang tempat. Sebagai contoh dinyalakan di atas meja hiasan dan sebagainya.  Ia juga di gunakan dalam keadaan terdesak seperti ketika gangguan bekalan elektrik pada waktu malam. Lilin didatangkan dengan pelbagai rekabentuk berdasarkan kehendak, kesesuaian dan keperluan. Berikut merupakan gambar rekabentuk lilin yang kreatif.

Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik
Kreatif! Rekabentuk Lilin Yang Menarik

Komplot 3 beruk 'culik' bayi tuan rumah gagal

Anggota JPAM meninjau bahagian atas siling rumah mangsa.
Anggota JPAM meninjau bahagian atas siling rumah mangsa.

Esah bersama Waqil Wafi yang terselamat dalam cubaan dilarikan beruk liar.
Esah bersama Waqil Wafi yang terselamat dalam cubaan dilarikan beruk liar.

Anggota Perhilitan dan JPAM mengawasi persekitaran rumah Esah.
Anggota Perhilitan dan JPAM mengawasi persekitaran rumah Esah.
ALOR GAJAH - Tujuh bulan diberi tumpang siling sebuah rumah di Lorong Datuk Megat Alam Melintang, Taboh Naning, di sini, tiga beruk bukan sahaja tidak 'mengenang budi' malah sebaliknya cuba 'menculik' dan melarikan bayi tuan rumah.

Mujurlah dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi semalam, bayi itu, Waqil Wafi Sahrul Sayuti yang berusia tujuh bulan, berjaya diselamatkan neneknya, Esah Salim, 63.

Menceritakan semula kejadian itu, Esah berkata, dia dikejutkan dengan bunyi lampu pecah tatkala menjaga Waqil Wafi yang sedang tidur dalam buaian.

"Saya terkejut apabila tiba-tiba mendapati serpihan kaca lampu yang pecah itu jatuh dan nyaris terkena cucu saya," katanya.

Ketika itu, hanya mereka berdua di rumah. Anak Esah, Sahrul Sayuti Zainal, 34, keluar bekerja di Rembia manakala menantunya, Norazila Norsobrani, 33, mengajar di Sekolah Kebangsaan Cherana Putih.

Pada masa yang sama, kata Esah, dia mendengar bunyi hentakan yang sangat kuat dan bertalu-talu pada siling rumahnya.

"Ia benar-benar menakutkan. Sudahlah kaca lampu yang jatuh dan mengenai buaian cucu saya menyebabkan ia jatuh berderai di lantai membuatkan saya terkejut," katanya.

Rasa cemas Esah semakin kuat apabila mendapati siling rumahnya merekah dan kemudian pecah.

"Ketika itulah saya lihat tangan binatang itu cuba mencapai cucu saya yang masih dalam buaian," katanya yang masih lagi cemas dengan kejadian itu ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Seakan berebut, Esah terus mencapai cucunya dan kemudian berlari sekuat hati keluar dari rumah. Tujuannya adalah ke rumah kakaknya, Jariah, 65, yang tinggal bersebelahan.

“Kami hubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan. Mujurlah cucu saya selamat. Saya tak dapat bayangkan jika dia dilarikan beruk liar itu,” katanya.

Esah berkata, tiga beruk berkenaan telah menghuni bahagian siling rumahnya sejak tujuh bulan lalu tetapi semakin mengganas sejak kebelakangan ini sehingga menimbulkan kebimbangannya sekeluarga.

Selongkar rumah pusaka

“Pelbagai cara saya lakukan bagi memastikan rumah tidak diganggu beruk tetapi semuanya tidak berhasil.

"Kemuncaknya adalah hari ini (semalam) apabila siling di bahagian ruang tamu dan bilik pecah dikerjakan binatang itu," katanya.

Esah yang menetap di kawasan berkenaan sejak lebih setahun lalu berkata, binatang itu turut memasuki rumah pusaka ibunya yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

"Binatang itu selongkar semua barang dalam rumah hingga bersepah. Setiap hari kami diganggu sehingga mahu keluar rumah pun jadi bimbang kerana risau diterkam. Bayangkan, saiznya sahaja sudah menggerunkan kerana sebesar kanak-kanak berusia 6 tahun.

"Kumpulan beruk itu berkeliaran di depan rumah hampir setiap hari,” katanya.

Lari ke hutan

Sementara itu, Ketua Operasi JPAM Alor Gajah, Mohd Rizuan Rahmat berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira jam 9.35 pagi.

Seramai tujuh anggota JPAM dan dua anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) bergegas ke lokasi kejadian bagi menangkap haiwan berkenaan.

“Bagaimanapun, apabila kami tiba di tempat kejadian, tiada lagi bunyi hentakan kedengaran dan saya segera menghubungi Jabatan Perhilitan Melaka untuk membantu menangkap beruk terbabit jika ia masih berada di siling rumah berkenaan.

“Namun kumpulan beruk liar itu dipercayai sudah melarikan diri ke hutan dan kami akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa bagi memastikan ia tidak mencederakan dan mengganggu penduduk di kawasan berkenaan,” katanya.

sumber- Sinar

Sepasang kekasih ditahan bersama 2.5kg ganja

Pasangan kekasih gelabah diperiksa
Kedua-dua pasangan ini dipercayai mengedar dadah jenis ganja.
KUALA MUDA – Tindakan menggelabah sepasang kekasih semasa ditahan anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di Taman PKNK, Tikam Batu akibat tidak memakai topi keledar akhirnya terbongkar setelah menemui bungkusan kecil dipercayai dadah yang dibawa bersama.

Sepasukan Rela dari Tikam Batu yang melakukan rondaan malam menemui kedua-dua suspek di taman berkenaan yang menunggang motosikal tanpa topi keledar pada jam 9.30 malam.

Penyelia, Low Chow Min berkata, dia memanggil keduadua suspek melihatkan keadaan keduanya yang tidak memakai topi keledar ketika menunggang motosikal.

“Ketika rondaan dibuat, kami ternampak sepasang kekasih yang berada dalam keadaan mencurigakan lalu memanggil mereka untuk membuat pemeriksaan,” katanya.

Katanya, akibat terkejut dan ketakutan, suspek terus mencampakkan satu bungkus plastik dekat tepi jalan dengan harapan mampu menyelamatkan diri.

“Bagaimanapun, hasil pemeriksaan kami mendapati bungkusan kecil itu berisi dadah jenis ganja,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua remaja berusia 20-an itu ditahan dan pemeriksaan lanjut mendapati beberapa bungkusan lagi turut ditemui dalam beg duit.

“Kami menghubungi pihak polis yang kemudian membuat tangkapan ke atas pasangan terbabit,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali berkata, pasangan kekasih itu ditahan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

“Kedua-dua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan,” katanya.

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...