Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, August 30, 2012

Misteri video Hantu Bebola Api sedang terbang

hantu bebola api

Antara hantu yang paling ditakuti di Thailand ialah Phi Krasue. Hantu ini sebenarnya terkenal di seluruh nusantara termasuk Malaysia dan Indonesia. Masyarakat melayu pula menggelarkannya sebagai hantu botol, penanggal atau balan-balan. Ramai saksi mengatakan ternampak hantu ini seakan-akan bola api ketika ia sedang terbang. Video yang didakwa Phi Krasue ini ditangkap oleh seorang pelajar wanita di Thailand. Ianya turut menjadi topik hangat di kaca televisyen.

Video Hantu Kemalangan Ngeri datang berparti

Video Hantu Paling Seram

Satu lagi video yang menjadi perbincangan hangat dalam rancangan televisyen popular Thailand mengenai video parti karaoke. Tiada apa yang pelik mengenai aktiviti tersebut kerana ianya perkara biasa di Thailand, tetapi apa yang mengejutkan ialah terdapat hantu dalam video tersebut.

Sepanjang parti berlangsung, kamera bergerak secara rambang untuk menangkap gambar kesemua tetamu. Pada masa itu seorang tetamu lelaki duduk di hadapan pintu dan tanpa disedari di sebelahnya terdapat seorang lagi lelaki yang sedang duduk.

Pengacara rancangan televisyen ini turut menceritakan tentang kejadian kemalangan ngeri yang menimpa salah seseorang tetamu ketika dalam perjalanan ke parti tersebut sehingga menyebabkan kematian. Walaubagaimanapun, roh lelaki tersebut tetap mahu menyertai rakan-rakannya. Tiada siapa yang menyedari kehadiran lelaki tersebut sehinggalah video ini diulang tayang.

Rancangan ini juga turut memaparkan gambar kemalangan pemuda yang berlanggar dengan lori pickup ketika menunggang motorsikal ke parti tersebut. Kecederaannya amat serius sehingga meninggal dunia di tempat kejadian.

Jika kemalangan ini serta parti tersebut mempunyai kaitan, mungkin lelaki ini tidak sedar bahawa dia telah mati dan tetap menghadirkan diri seperti apa yang dirancang.

Kedai Hitler cetuskan kemarahan

Kedai Hitler cetuskan kemarahan
RAJESH SHAH menunjukkan kad perniagaannya.
AHMEDABAD, India - Sebuah kedai pakaian lelaki di India diminta menukar namanya selepas nama Hitler yang digunakan membangkitkan kemarahan masyarakat setempat.

Akhbar Mail Online melaporkan pemilik kedai berkenaan, Rajesh Shah mendakwa dia tidak menyedari nama kedainya, Hitler telah mencetuskan kontroversi.

Rajesh berkata, nama tersebut diperoleh daripada gelaran yang diberikan kepada rakan kongsi perniagaan datuknya.

Gedung pakaian itu yang terletak di Ahmedabad, dalam wilayah Gujerat, mencetuskan kemarahan penduduk setempat dan komuniti orang Yahudi di bandar berkenaan.

"Secara jujurnya, apabila saya memohon untuk menggunakan nama Hitler, saya hanya mengetahui bahawa dia seorang lelaki yang tegas," kata Rajesh.

"Cuma baru-baru ini saya tahu cerita tentang Hitler apabila saya melayari internet," tambahnya.

Menurut lelaki itu, dia sanggup menukar nama kedainya yang dibuka sejak dua minggu lalu jika dia dan rakan perniagaannya diberikan sejumlah pampasan ekoran mereka telah kehabisan wang.

Adolf Hitler merupakan diktator Jerman yang banyak melakukan pembunuhan dan jenayah perang semasa Perang Dunia Kedua termasuk dikaitkan dengan penghapusan bangsa Yahudi. 

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...