Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, October 14, 2012

350 juta kemurungan

GENEVA - Lebih 350 juta penduduk di seluruh dunia dilaporkan mengalami kemurungan, menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semasa Hari Kesihatan Mental Sedunia pada Rabu lalu.

Ketua Jabatan Kesihatan Mental WHO, Dr Shekhar Saxena berkata, ia bukan satu 'penyakit' di negara membangun tetapi ia telah menjadi satu fenomena global.

"Ia melibatkan kedua-dua jantina dan tidak mengira status golongan masyarakat," katanya.

tekanan perasaan
gambar hiasan
Saxena turut menjelaskan laporan itu menunjukkan lebih 50 peratus golongan wanita mengalami masalah tersebut berbanding lelaki.  

Dalam satu kenyataan, pakar kesihatan juga berpendapat tiada negara yang terkecuali daripada masalah kemurungan itu memandangkan laporan terbaru menunjukkan kira-kira lima peratus  populasi dunia mengalami masalah gangguan psikologi tersebut.

sumber- AFP

Rempuh lori dan terbalik

Proton Iswara Aeroback
Proton Iswara Aeroback terbalik dan remuk teruk dalam kemalangan, semalam. Gambar kecil: Mohd Sahir
SEREMBAN – Seorang lelaki parah apabila kereta dipandunya terbabas dan merempuh sebuah lori di Kilometer 262.4 Lebuh Raya Utara – Selatan, berhampiran Plaza Tol Seremban, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 7.45 pagi itu, mangsa berusia lingkungan 30-an itu memandu kereta jenis Proton Iswara Aeroback sendirian merempuh belakang lori yang diletakkan di laluan kecemasan akibat kerosakan enjin.

Kemalangan turut menyebabkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer dari arah Seremban.

Pegawai Bomba Kanan II dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Ungku Abdul Jalil Ismail berkata, sebuah jentera membabitkan lapan anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.40 pagi.

“Sejurus tiba di tempat kejadian, kita dapati mangsa sudah dikeluarkan dari kenderaan dengan bantuan orang ramai sebelum dibawa ke hospital dengan ambulans.

“Kita hanya melakukan pemeriksaan bagi memastikan tiada berlaku tumpahan minyak yang boleh menyebabkan kebakaran,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sementara itu, Pemandu lori terbabit, Mohamad Sahir, 40, berkata, dia dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Kota Tinggi, Johor dengan membawa muatan baja.

“Saya terpaksa memberhentikan lori di lorong kecemasan kira-kira 3 pagi kerana berlaku masalah enjin.

“Sementara menunggu siang, saya tidur dalam lori, tetapi terkejut apabila terdengar bunyi letupan kuat dari arah belakang lori,” katanya.

Menurutnya, dia segera keluar dari lori dan terkejut melihat sebuah kereta Proton Iswara Aeroback terbalik dan remuk di lorong kanan lebuhraya.

“Saya berlari ke arah kereta itu sebelum mendapati pemandu tersepit kerana kereta remuk teruk.

“Saya segera meminta bantuan beberapa pemandu kenderaan lain yang memberhentikan kenderaan bagi mengeluarkan mangsa tersepit,” katanya.

Mohamad Sahir berkata, lelaki berkenaan cedera parah di bahagian kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar, di sini untuk rawatan lanjut.

sumber- Sinar

Dua maut dalam dua jam

Honda CRV
Keadaan kenderaan dipandu Gobi yang melanggar pokok di tepi jalan dalam kejadian kemalangan awal pagi, semalam.
IPOH - Hanya dalam tempoh dua jam, nyawa dua lelaki yang memandu berseorangan melayang setelah terlibat dalam kemalangan maut berasingan di lokasi berbeza, awal pagi semalam.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharudddin Wan Omar memaklumkan, kejadian pertama berlaku pada lebih kurang jam 11.30 malam kelmarin di Jalan Sultan Azlan Shah.

Menurutnya, mangsa, Khairul Amilin Abd Rashid, 28 maut di tempat kejadian selepas dipercayai memandu laju sehingga menyebabkan kenderaan yang dinaikinya terbabas lalu melanggar tiang papan tanda arah di pembahagi jalan.

"Impak pelanggaran yang kuat mengakibatkan kereta jenis Proton Preve yang dipandu mangsa melekat pada tiang papan tanda berkenaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau menambah, mangsa yang bekerja di sebuah premis makanan segera di Medan Gopeng, di sni, kemudiannya dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk mendapat rawatan.

"Mangsa disahkan meninggal dunia pada jam 2.30 pagi tadi (semalam) ketika mendapat rawatan di Unit Kecemasan HRPB. Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama untuk bedah siasat," katanya.

Katanya, mangsa dipercayai mati akibat kecederaan parah pada kepala serta badan dan jenazah mangsa telah dituntut oleh ahli keluarga untuk dibawa ke Kluang, Johor bagi urusan pengebumian.

Sementara itu, Wan Sharuddin memaklumkan kejadian kedua berlaku di Jalan Falim-Ipoh, di sini, melibatkan kehilangan nyawa P Gobi, 32, yang maut di tempat kejadian.

Beliau menjelaskan, mangsa dipercayai memandu laju sehingga menyebabkan kereta jenis Honda CRV yang dinaiki hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar sebatang pokok di tepi jalan.

"Kemalangan berkenaan telah menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu selama hampir setengah jam sebelum dikeluarkan dengan bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri.

"Mangsa berasal dari Desa Permata, Chemor maut serta merta dalam kejadian berkenaan dan mayatnya di bawa ke Jabatan Forensik HRPB untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh ahli keluarga," katanya.

Polis kini masih meneruskan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kedua-dua kemalangan berkenaan.

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...