Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, October 30, 2012

Kes buli pelajar Tokyo naik

TOKYO: Sebanyak 6,637 kes buli dilaporkan di sekolah kerajaan di bandar raya ini dari April hingga Julai tahun ini.

pelajar kena buli
gambar hiasan
Menurut kajian yang dilakukan Lembaga Pelajaran Tokyo, jumlah itu 40 peratus lebih tinggi berbanding kes sepanjang tahun lalu.

Sebahagian peningkatan itu dipercayai hasil daripada pemantauan lebih rapat oleh pihak sekolah selepas pendedahan seorang pelajar sekolah menengah rendah yang membunuh diri tahun lalu akibat menjadi mangsa buli.

Menurut kajian berkenaan, antara bentuk membuli termasuk mengejek, menghina, memukul dan memulau.

Dalam beberapa kes, mangsa dipukul dengan teruk atau dipaksa menyerahkan wang atau barangan. 

sumber- AFP

Bunga Orkid Menyerupai Monyet

Jika diperhatikan, bunga orkid ini menyerupai wajah seekor monyet. Ianya jelas memiliki mata, hidung dan juga mulut. Foto ini tidak dimanipulasi malah bunga tersebut benar-benar wujud. Nama saintifik untuk bunga orkid monyet ini ialah Dracula simia. 'Simia' merujuk pada wajah monyet dan 'Dracula' pula merujuk kepada dua kelopaknya yang menyerupai taring pontianak. Ianya ditemui pada tahun 1978. Adakalanya bunga orkid ini kelihatan agak menakutkan namun apabila dilihat dari dekat, ternyata ianya adalah bunga biasa.

bunga orkid unik
bunga orkid yang pelik

Amil janji hapus dosa RM81,000

JOHOR BAHRU - Bicara manis penuh muslihat seorang lelaki berperwatakan alim kononnya boleh menjamin seseorang masuk syurga menyebabkan seorang wanita terpedaya hingga memaksa mangsa menyerahkan RM81,000 sebagai upah menghapuskan dosa.

Ketika mendedahkan perkara itu, anak mangsa yang mahu dikenali sebagai Zana, 31, memberitahu, segalanya bermula apabila ibunya yang berusia 72 tahun bertemu dengan lelaki yang mengaku dirinya sebagai amil zakat berumur lingkungan 40-an di Plaza Angsana di sini pada Julai lalu.

hapus dosa
ZANA menunjukkan laporan polis yang dibuat ke atas Nizam selepas mendakwa lelaki itu memperdaya ibunya di Johor Bahru semalam.
Katanya, pada pertemuan itu, ibunya telah memberikan wang selepas amil yang dikenali sebagai Nizam Idris (gambar kecil) tersebut mendakwa dia mengutip zakat dan mengambil sumbangan untuk anak yatim, warga tua dan golongan orang kelainan upaya.

"Sejak itu, ibu seperti orang yang telah dipukau dan menyerahkan wang kepada Nizam kira-kira RM81,000 hingga sanggup mengetepikan keluarga sendiri semata-mata menurut kata lelaki berkenaan.

"Lelaki itu mendakwa dia melihat kami sekeluarga dimasukkan ke dalam neraka dan untuk mengelakkan perkara itu, ibu harus membayar sejumlah wang bagi penebus dosa sekali gus dapat merasai nikmat syurga," ceritanya kepada Kosmo! semalam.

Tambahnya, lebih membuatkan mereka naik mual dengan pembohongan Nizam ialah lelaki itu meramalkan hari kiamat akan berlaku dalam tempoh terdekat manakala ibunya akan meninggal dunia pada 24 Julai tahun depan.

"Disebabkan itu, ibu menjadi cemas dan menyerahkan wang kononnya Nizam dapat membersihkan diri ibu daripada dosa," katanya.

Menurut suri rumah itu, dia sekeluarga telah mencuba pelbagai cara untuk menyedarkan ibunya mengenai pembohongan dan lakonan licik Nizam tetapi malangnya wanita itu bukan sahaja manafikannya malah, memberitahu Nizam merupakan lelaki yang baik.

"Ada antara kami pernah terserempak dengan ibu yang sedang menjual semua barangan kemas sambil ditemani Nizam dan sampai satu tahap, ibu berhajat mahu menjual banglonya di Stulang Laut di sini bernilai RM500,000 tetapi sempat dihalang," katanya yang memberitahu hasil jualan itu akan diberikan kepada Nizam.

Ujar Zana, mereka sekeluarga yang tidak mahu ibunya terus ditipu telah membuat laporan di Balai Polis Sentral di sini Sabtu lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob berkata, polis telah menahan lelaki berkenaan pada hari pihaknya menerima laporan.

"Suspek kemudian telah dibebaskan selepas keterangannya diambil. Buat masa ini, tidak banyak yang boleh kami lakukan kerana mangsa sendiri tidak mengaku dia telah ditipu," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Zainuddin bagaimanapun meminta mana-mana individu yang turut menjadi mangsa menggunakan modus operandi sama menghubungi polis Johor Bahru Utara di talian 07-221 2999 bagi membantu siasatan.

sumber- Kosmo

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...