Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, November 4, 2012

10 anggota bomba cedera tangki minyak diesel meletup

KOTA BHARU: Sepuluh anggota bomba cedera dalam operasi memadam kebakaran di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi di Kawasan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan Azmi Osman berkata kemalangan itu berlaku apabila sebuah tangki minyak diesel yang terletak di bahagian belakang kilang tersebut tiba-tiba meletup yang menyebabkan api menyambar anggota terbabit.

"Ada empat tangki minyak diesel dengan dua daripadanya mengalami kebocoran. Semasa operasi pemadaman itu, berlaku satu letupan daripada salah sebuah tangki tersebut yang menyebabkan 10 anggota bomba mengalami kecederaan dengan empat daripadanya agak serius," katanya kepada pemberita selepas melawat anggota bomba terbabit yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini, hari ini.

bomba terbakar
Seorang anggota bomba dan penyelamat terbakar selepas sebuah tangki minyak pelincir bocor sehingga mengakibatkan letusan api setinggi lebih 30 meter di sebuah kilang tayar yang tidak beroperasi setahun lalu di kawasan Perindustrian Padang Tembak, Pengkalan Chepa. Sumber gambar- HMetro
Azmi berkata anggota terbabit mengalami kecederaan di bahagian muka, tangan dan kaki dihantar menerima rawatan iaitu tujuh orang di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan tiga orang di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Empat anggota yang cedera agak serius itu ialah Wan Asri Wan Yaakob, Zulkifli Mahmod, Razak Abdullah dan Abdullah Din Mohamad, katanya dan menurutnya keadaan mereka dilaporkan stabil.

bomba terbakar
Sumber gambar- HMetro
Azmi berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran tersebut pada jam 8.30 pagi dan 29 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan Balai Bomba dan Penyelamat Tunjung di sini, ditugaskan untuk memadamkan kebakaran tersebut.

"Operasi pemadaman berjalan lancar, kebakaran dapat dikawal sepenuhnya tetapi tiba-tiba berlaku letupan daripada salah satu tangki minyak diesel itu. Semasa kejadian saya berada di tempat kejadian," katanya yang tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata punca kebakaran tersebut sedang disiasat. 

sumber- Bernama

Arca Kuda Kertas

Dari jauh, arca kuda putih ini kelihatan seperti ukiran dari marmar ataupun gading. Namun bahan yang digunakan tidaklah seperti yang disangka. Arca kuda ini sebenarnya dihasilkan daripada kertas. Ianya adalah hasil karya Richard Sweeny.

kuda putih

Pada awalnya, Sweeny menghasilkan rangka kuda ini menggunakan kayu. Rangka tersebut kemudiannya dibalut dengan menggunakan kertas. Hasilnya adalah arca kuda yang amat mengagumkan. Selain menghasilkan kuda kertas ini, Sweeny turut pernah menghasilkan manusia cardboard, anjing kertas serta pelbagai karya lagi.

patung kuda putih

Tak sangka anak sendiri

Keadaan mangsa yang dilanggar lari sebuah kenderaan di Jalan Bandar Putra Permai, pagi, semalam.
SERI KEMBANGAN -  “Perut dia terburai, muka dia hancur menyebabkan saya hampir tidak cam itu wajah anak lelaki saya sendiri, kata M Sundera Raju, 61,  bapa kepada seorang juru kimpal  yang maut dalam satu kemalangan di Jalan Bandar Putra Permai, pagi, semalam.

Kata Sundera, sebelum kejadian dia ada melalui jalan di mana anaknya dipercayai terbabit  kemalangan namun tidak menyangka mangsa  yang maut membabitkan darah dagingnya sendiri.

Katanya, dia melihat darah penuh di atas jalan namun tidak memberhentikan kenderaan kerana perlu mengambil penumpang yang mahu menaiki teksi dipandunya.

Sundera memberitahu dia hanya mengetahui mengenai kejadian selepas dihubungi isteri sebelum bergegas ke hospital untuk melihat keadaan anaknya, S Muniandy, 25, yang maut dalam keadaan mengerikan itu.

“Ketika dalam perjalanan mengambil penumpang, saya memang sudah nampak kemalangan itu, saya juga ada beritahu rakan nampak kemalangan itu sangat teruk kerana darah penuh di atas jalan.

“Memang tidak disangka, mangsa yang maut itu rupanya anak saya sendiri,” katanya memberitahu anak keempatnya daripada lima beradik itu keluar rumah sejak jam 9 malam kelmarin menunggang sebuah motosikal sebelum mayatnya yang terbaring ditemui orang ramai.

Sundera berkata, hanya air mata yang dapat menggambarkan perasaan sedih melihat keadaan anaknya itu di rumah mayat Hospital Serdang.

“Sedih sangat...kepalanya pecah dan tubuh badannya teruk menyebabkan pada mulanya sukar mengecam mayat anak sendiri,” katanya lagi kepada Sinar Harian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Abd Razak Elias berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 5.15 pagi di Jalan Putra Permai dari arah Seri Kembangan menuju ke Taman Equine.

Katanya, mangsa yang dipercayai hendak melintas jalan di persimpangan lampu isyarat dirempuh sebuah kenderaan sebelum dipercayai digilis dan tercampak di tengah jalan.

“Mangsa yang cedera parah di bahagian kepala meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci giat dijalankan,” katanya.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta menghubungi Cawangan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang atau berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Serdang, Inspektor Nur Azam Shah Md Aziz di talian 03-8074 2222 atau 016-905  5595 untuk membantu siasatan.

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...