Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Friday, November 23, 2012

Suami bunuh isteri dan kekasih isterinya

KUALA LUMPUR - Cinta tiga segi disyaki menjadi punca pasangan kekasih kaum Madura, Indonesia ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di kawasan perumahan Kampung Changkat, Gombak, dekat sini, hari ini.
   
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak Supt Rosly Hassan berkata polis mengesyaki suami kepada wanita pasangan kekasih itu telah menyerang kedua-dua mereka dengan sebatang kayu dalam kejadian antara 3 dan 4 pagi.
   
Suami bunuh isteri dan kekasih isterinya

"Mangsa lelaki dikenali sebagai Kusnul manakala polis belum mengenali identiti mangsa wanita dan kedua mereka berumur dalam lingkungan 30-an," katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.
   
Siasatan awal polis mendapati mayat lelaki itu ditemui di bahagian dapur manakala mayat wanita berkenaan ditemui di dalam salah satu bilik dalam rumah itu dan tiada kesan pecah masuk.   
   
Kedua-dua mayat itu dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan polis sedang memburu suami wanita itu untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
   
Sementara itu menurut jiran mangsa, yang mahu dikenali sebagai Zainal berkata beliau sebelum ini mengenali kedua-dua mangsa sejak tahun lepas dan mangsa wanita itu mendakwa lelaki yang tinggal bersamanya adalah saudaranya.
   
"Saya pernah bertemu dengan suami wanita itu dan saya tidak mengesyaki apa-apa kerana wanita itu memberitahu mereka ada pertalian saudara untuk tinggal sekali. Beberapa hari lepas saya ada lihat kelibat suami mangsa yang datang ke rumah itu tetapi saya tidak mendengar sebarang pertengkaran," katanya.  

sumber- Bernama

Gambar ini bukan lukisan

Jika dilihat pada gambar yang dipaparkan ini, ramai menyangka ianya adalah sebuah lukisan. Jangkaan tersebut ternyata meleset. Sebenarnya gambar ini ialah sebuah seni lukisan yang hidup hasil karya Alexa Meade. Seorang model, objek, serta latar belakang diwarnakan seakan lukisan, namun pada hakikatnya model tersebut benar-benar hidup dan objek yang kelihatan adalah objek sebenar.

seni yang pelik
seni yang kreatif
karya seni yang menarik

Suami sorok kepala isteri dalam peti sejuk beku

VISTA - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah atas tuduhan membunuh isterinya selepas polis melakukan serbuan, di rumah mangsa di Oceanside, California, Amerika Syarikat.

Frederick Hengl, 68, dituduh membunuh isterinya, Anna Faris, 73, ketika wanita itu sedang memasak.

Frederick Hengl
Frederick Hengl
Ketika pertuduhan dibacakan, pegawai pendakwa raya memaklumkan, kepala mangsa disimpan di dalam peti sejuk beku, manakala badan mangsa ditemui di tepi dapur dalam keadaan berulat dan busuk, dipercayai telah dibunuh sejak awal bulan lalu.

“Kejadian itu diketahui selepas jiran mangsa melaporkan kepada anggota polis terdapat bau busuk dari bilik tidur pasangan berkenaan sejak Jumaat lalu,” katanya.

Menurutnya, anggota polis terpaksa memecahkan tingkap rumah banglo mangsa sebelum memasuki premis tersebut.

“Menurut pegawai penyiasat, terdapat tiga kuali mengandungi sebahagian anggota badan mangsa termasuk tangan dan kaki,” katanya. 

sumber- AP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...