Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Tuesday, December 4, 2012

Kate Middleton hamil

LONDON - Duchess of Cambridge, Catherine yang melangsungkan perkahwinan dengan Putera William tahun lalu kini hamil.

Perkara itu diumumkan oleh Istana St James semalam.

Kerabat Diraja dan keluarga Middletons, dikatakan gembira dengan berita itu.

Putera William dan Kate Middleton
Putera William dan Kate Middleton
Jurucakap berkata, Kate yang hamil kurang 12 minggu telah dimasukkan ke hospital London kerana alahan dan perlu berada di hospital beberapa hari lagi.

Bayi pertama pasangan yang akan dilahirkan itu adalah waris ketiga takhta - selepas Putera Charles dan Putera William

Catherine dan William, masing-masung berusia 30 tahun telah berkahwin di Westminster Abbey, April tahun lalu.

Pakar sejarah berkata tugas dan cita-cita pertama bagi seseorang yang berada di kedudukan 'duchess' adalah untuk menghasilkan pewaris.

Apabila bayi dilahirkan, kepentingan Putera Harry akan berkurangan dan dia perlu melepaskan kedudukan ketiga dalam takhta.

Walaupun bayi itu perempuan, kerajaannya bertegas dia akan menjadi ketua negara Britain dan 15 negara lain di mana Ratu masih memerintah.

Undang-undang akan dipinda untuk memastikan dia tidak diambil alih oleh adik lelaki, kata mereka.

Harapan dalam kalangan diraja adalah agar masa depan monarki kini telah terselamat untuk generasi depan.

sumber- Sinar

Motosikal terlebih muatan

Kebiasaannya motosikal terlebih muatan dinaiki antara 3 hingga 4 individu. Namun motosikal ini dinaiki oleh sembilan sekeluarga. Bukan itu sahaja, salah seorang ahli keluarga tersebut terpaksa duduk di dalam baldi yang dibawa khas oleh mereka. Walaupun gambar ini agak lucu, tetapi kita harus sedar bahawa pengangkutan adalah satu keperluan dan memiliki kereta mungkin perkara mustahil bagi sesetengah pihak.

foto keluarga

Gambar tujuh pasangan kerdil berkahwin

Tujuh pasangan kerdil dari China ini menjadi perhatian apabila kesemua mereka berkahwin serentak. Kesemua mereka adalah pelakon dari Tianpi Shadow Play Troupe, yang sering membuat persembahan di Beijing. Masing-masing antara mereka berumur dalam lingkungan 21 hingga 27 tahun dengan ketinggian antara 4 kaki hingga 4 kaki 5 inchi.

manusia kerdil
orang kerdil
orang pendek
pengantin kerdil
orang kerdil berkahwin
orang pendek berkahwin
pasangan kerdil
pasangan orang pendek

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...