Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, December 10, 2012

Kepala tersangkut pada tembok balkoni

Kemalangan terjadi dimana-mana. Kanak-kanak yang bermain harus sentiasa diawasi. Bagi mereka, setiap benda yang dilihat adalah permainan. Mungkin pada pandangan kita, benda tersebut langsung tidak berbahaya, namun siapa sangka benda yang dikatakan selamat tersebut boleh mengundang musibah.

kepala tersepit

Salah satu peristiwa yang boleh dijadikan ikhtibar ialah seperti mana yang terjadi pada kanak-kanak di China ini. Pada asalnya, tembok balkoni ini dibina bagi mengelakkan berlakunya insiden kemalangan seperti terjatuh atau sebagainya. Sebaliknya kanak-kanak ini bermain di tembok batu tersebut sehingga kepalanya tersangkut pada celahan tiang.

Mengikut laporan, kanak-kanak ini bersama neneknya telah melawat bangunan kerajaan tersebut di Daerah Hezhang bagi menyelesaikan sedikit urusan. Oleh kerana sifatnya yang ingin tahu, dia telah mencuba sesuatu diluar jangkaan dan akhirnya dia terjerat di situ. Pasukan penyelamat terpaksa dipanggil bagi memberi bantuan. Kes sebegini sering berlaku di China. Mujurlah kecederaannya tidak serius.

Mesin basuh haiwan peliharaan

Memandikan haiwan kesayangan seperti kucing dan anjing mungkin perkara yang merumitkan malah amat meletihkan lebih-lebih lagi bagi mereka yang memeliharanya lebih dari seekor.

Bagi mengatasi masalah tersebut, sebuah syarikat di Jepun telah menghasilkan mesin basuh haiwan peliharaan khusus untuk penjaga yang malas memandikan haiwan peliharaan mereka. Mesin ini  berfungsi secara automatik untuk mencuci, memandikan, dan mengeringkan haiwan peliharaan dalam masa 30 minit.  Buat masa ini, mesin ini hanya dipasang di Pet World Joyful Honda di bandar Tokyo. Bayaran penggunaan yang dikenakan adalah sekitar 1,000 Yen.

mesin basuh
mandikan haiwan peliharaan
mesin basuh haiwan
mencuci haiwan
mandikan haiwan

12 pendaratan pesawat yang gagal

Mengikut statistik, penggunaan pengangkutan udara lebih selamat berbanding pengangkutan darat. Namun begitu, pengendalian pesawat bukanlah sesuatu yang mudah. Lebih-lebih lagi jika berlakunya kerosakan di udara. Pemandu harus mengambil risiko untuk mendaratkan pesawat walaupun bukan ditempat yang sesuai. Kesilapan yang dilakukan boleh meragut nyawa. Berbeza dengan pengendalian kereta dimana jika berlakunya kerosakan, pemandu boleh menghentikannya di bahu jalan. 

Berikut merupakan beberapa gambar pendaratan pesawat yang gagal dilakukan dengan baik. Ada diantaranya terjadi akibat masalah teknikal dan ada juga disebabkan kecuaian pemandunya sendiri.

pendaratan pesawat
pesawat
jet mendarat
gagal mendarat
pesawat mendarat
kapal terbang
pesawat ringan
kapal terbang ringan
pesawat tersangkut
pesawat tersangkut
kapal terbang terbabas
pesawat tenggelam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...