Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, December 20, 2012

Cemas! Video helang sambar kanak-kanak

Detik cemas apabila seekor Helang Emas telah menyambar seorang kanak-kanak di sebuah taman dan cuba membawanya terbang. Namun cengkamannya terlepas dan kanak-kanak tersebut berjaya diselamatkan oleh bapanya. Babak dramatik ini menjadi bahan sensasi dan ditonton oleh jutaan penonton di internet. Kejadian ini dirakamkan di sebuah taman di Montreal, Canada.

helang sambar budak

Pakar perfileman cuba mengkaji video tersebut dengan gerakan perlahan dan mengatakan ada kepalsuan disitu. Helang telah melepaskan kanak-kanak tersebut tetapi dia terus menaik sebelum jatuh ke tanah. Pengguna Youtube pula berkata ianya mungkin menggunakan kesan khas.


Kenn Kaufman yang merupakan seorang pakar burung turut mendakwa video tersebut adalah palsu. Ianya mungkin dilakonkan oleh burung falcon dan bukan kanak-kanak sebenar.

Helang Emas merupakan burung pemangsa terbesar di Utara Amerika. Lebar sayapnya mencapai 6 kaki dan mampu menjunam dari udara dengan kelajuan 150mph. Kebiasaannya, burung ini menjadikan arnab dan tupai sebagai mangsa. Ianya juga diketahui mampu menangkap seekor kambing dengan membawanya ke bukit sebelum membunuhnya.

Malam semalam sekumpulan pelajar di Montreal mengaku merekalah yang menghasilkan video ini. "Kedua-dua burung dan kanak-kanak ini dihasilkan menggunakan animasi 3D sebelum diintegrasi ke sebuah filem," kata mereka.

Kejohanan gusti unta di Turki

Festival kejohanan gusti unta adalah sukan dimana dua ekor unta jantan akan bertarung sesama sendiri. Kebiasaannya festival ini diadakan di kawasan Aegean, Turki, tetapi turut dijumpai di kawasan Marmara dan Mediterranean negara tersebut. Di Turki, terdapat kira-kira 1,200 ekor unta gusti yang diternak khas untuk pertandingan ini.

Kejohanan gusti unta yang diadakan di stadium Ephesus  berhampiran bandar Selcuk, menarik perhatian ribuan penonton setiap tahun. Pesta ini biasanya melibatkan pertarungan 120 ekor unta, tetapi pada tahun 2001 hanya 96 ekor yang terlibat.

unta
gusti unta
unta berlawan
pertandingan lawan unta
unta berlaga
lawan unta
unta lawan

Mayat tanpa pakaian dalam kebun

JELEBU - Keseronokan dua beradik mengutip buah rambutan berhampiran sebuah kebun getah di Jalan Simpang Pertang-Pasoh di sini bertukar pilu apabila terjumpa mayat bapa saudara mereka, pagi semalam.

Mangsa, Alit Sidek, 50, ditemui dalam keadaan bogel dan tertiarap berhampiran pondok di kebun itu.

Mayat tanpa pakaian dalam kebun
Keadaan mayat ketika ditemui dekat kebun getah miliknya, di Simpang Pertang Jelebu.
Saudara terdekat mangsa, Jamaludin Yahya, 57, berkata, dua anak saudaranya yang berumur 14 dan 18 tahun datang ke kebun berkenaan bersama seekor anjing peliharaan untuk mengutip buah rambutan kira-kira jam 11 pagi.

“Sebelum mengutip buah rambutan, mereka agak hairan kerana kelibat Alit tidak kelihatan, yang ada cuma basikalnya. Biasanya dia akan tidur di pondok dalam kebun itu agar mudah untuk menoreh getah keesokan harinya.

“Anjing yang mereka bawa juga kelihatan resah dan hanya mundarmandir di kawasan berhampiran.

Mereka terkejut apabila ternampak sekujur tubuh tidak bernyawa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Jamaludin berkata, kedua-dua remaja itu kemudian bergegas memaklumkan hal tersebut kepadanya dan mereka segera membuat laporan di Balai Polis Simpang Pertang.

Mayat tanpa pakaian dalam kebun
Sementara itu, sumber polis berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai sudah meninggal dunia lebih kurang dua hari.

“Mangsa merupakan masyarakat Orang Asli yang menetap di Kampung Asli Batu 17, Simpang Pertang di sini.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Klawang, Jelebu untuk bedah siasat. Setakat ini punca kematian masih belum diketahui,” katanya.

Sinar Harian difahamkan, mangsa belum berkahwin dan merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis daerah Jelebu, Asisten Superintendan A Yuvaraj ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan.

sumber- Sinar

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...