Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, December 31, 2012

Mayat lelaki ditemui tersangkut

SUNGAI PETANI - Orang ramai di sekitar Kampung Pengkalan Ikan Bilis, Sungai Lalang gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam sungai dekat sini kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Penduduk kampung, yang enggan dikenali berkata, mayat berusia lingkungan 30-an itu ditemui tersangkut pada sebatang pokok dalam sungai berkenaan.

Mayat lelaki
Bomba terpaksa menggunakan sampan nelayan untuk membawa mayat ke tebing.
“Pada mulanya memang ternampak seperti ada sesuatu tetapi, tidak menyangka ‘benda’ yang tersangkut pada pokok itu mayat manusia,” katanya kepada Sinar Harian.

Tinjauan mendapati, mayat lelaki tersebut berbaju-T warna merah dan berseluar dalam serta memiliki gelang di sebelah kiri pergelangan tangannya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, Timbalan Penguasa Bomba, Rosdi Ismail berkata, seramai enam anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja menerima panggilan.

“Kita turut menggunakan sampan nelayan untuk membawa mayat ke tebing sebelum diserahkan kepada pasukan polis,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Khalil Ariffin berkata, siasatan masih dijalankan berhubung kejadian.

“Sehingga kini identiti mangsa belum dikenal pasti namun, berdasarkan keadaan mayat, ia dipercayai meninggal dunia lebih dari tiga hari,” katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk dibedah siasat.

sumber- Sinar

Gelagat penyangak yang lucu

Sepanjang tahun 2012, ramai penjenayah telah diberkas atas pelbagai kesalahan yang dilakukan. Ketika diambil gambar untuk pengenalan identiti masing-masing, pelbagai reaksi dan penampilan lucu pula yang ditonjolkan. Ada yang mengenakan fesyen yang pelik. Tidak kurang juga ada yang memberi reaksi wajah seperti kurang siuman. Salah seorang penyangak ini diberkas ketika belum sempat habis bercukur. Insiden tersebut menyebabkan separuh wajahnya berjambang ketika gambarnya diambil.

gambar penyangak
penyangak
penjahat
orang jahat
penjenayah
gambar penjenayah
tahanan polis
ditangkap polis
penyangak ditahan polis

2 organ suami selamat isteri

suami dermakan organ untuk isteri

LONDON: Tidak mungkin ada hadiah yang begitu berharga daripada yang diberikan David Whaymand kepada isterinya pada Krismas lalu.

Apabila Carolyn yang menghidap fibrosis sista (cystic fibrosis) diberitahu buah pinggangnya gagal berfungsi dan satu-satunya harapan untuk pulih ialah dengan menjalani pemindahan, suaminya tanpa teragak-agak menawarkan satu daripada buah pinggangnya.

Ia satu tindakan penuh kasih sayang dan membuatkan David gembira untuk melakukannya selepas 15 tahun berkahwin dengan buah hatinya sejak kanak-kanak lagi.

Namun, apa yang menjadikan pengorbanannya lebih menakjubkan ialah, dalam keadaan terdesak yang sama 13 tahun lalu, dia memberikan sebahagian daripada peparunya kepada Carolyn.

Dua sumbangan itu dipercayai adalah yang pertama di dunia. Doktor dan pakar pemindahan berkata, setakat ini tidak ada kes seorang penderma yang masih hidup menyumbangkan dua organnya. Ini kerana bahaya yang dihadapi dalam pembedahan seumpama itu.

Hakikat bahawa penerima dalam kedua-dua kes itu ialah isteri David sendiri menjadikan kisah ini lebih menarik memandangkan adalah sesuatu yang luar biasa bagi seorang suami berupaya mendermakan kepada isterinya kerana untuk mencari organ yang sesuai bagi tujuan pemindahan amatlah sukar.

Pembedahan terbaru itu berjaya dilakukan di Hospital Hamersmith di London Barat pada 12 Disember lalu dan pasangan itu sempat merayakan Krismas bersama di kediaman mereka yang berharga RM2.5 juta di Ingatestone, Essex.

David, 39, akauntan di bank JP Morgan berkata: “Mereka berkata, perkahwinan adalah dalam sakit dan sihat. Apabila saya mengahwini Carolyn. saya tahu ia bukan perkara mudah kerana dia mungkin mati tanpa menjalani pemindahan peparu. Saya tidak teragak-agak untuk menjadi penderma.

“Saya sudah bersedia untuk melakukan pengorbanan yang boleh menyebabkan kedua-dua kami mati.

“Saya tidak sanggup untuk melihat Carolyn mati kerana tidak dapat penderma peparu.

“Dan apabila dia memerlukan buah pinggang, sudah tentu saya bersedia untuk berkorban sekali lagi. “Ia lebih mudah daripada pembedahan pertama,” katanya.

Bagi Carolyn, peguam yang berusia 42 tahun, ia amat sukar untuk menjelaskan pengorbangan David kepadanya.

“Dia lebih bimbangkan penderitaan saya daripada penderitaannya sendiri,” katanya. 

sumber- DM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...