Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Monday, January 14, 2013

Video dan gambar kunci tertikam kaki ketika latihan karate

Siapa sangka kunci yang tersimpan dalam poket sendiri boleh menjadi senjata pihak musuh ketika berlawan karate. Perkara ini telah dialami sendiri oleh seorang lelaki ketika membuat latihan karate bersama gurunya. Kunci kereta yang panjangnya sekitar 2 hingga 3 inci itu tertikam sepenuhnya di telapak kaki sehingga berlakunya kecederaan serius. Mujurlah hanya tertikam di kaki, jika insiden tersebut berkaitan dengan kepala, kemungkinan besar lelaki tersebut telah menemui ajal.

gambar ngeri

Ketika kejadian, insiden mengerikan tersebut sempat dirakamkan oleh seorang individu yang dipercayai rakan seperguruannya. Walaupun kemahiran karate lelaki ini tidak sehebat juara karate dunia, namun wajahnya semakin popular dan mencipta sejarah baru dalam dunia karate.

kunci tertikam kaki
kunci kereta tertikam kaki
kemalangan ketika latihan karate
kejadian ketika latihan karate
gambar tercucuk kunci
kejadian latihan karate
kunci kereta
kaki dibalut
x-ray kaki
mangsa kunci tercucuk kaki

Kanak-kanak didakwa diculik 1994 tinggal bersama datuk

BROWERVILLE - Seorang ibu tunggal Indiana yang mendakwa anaknya diculik hampir 20 tahun lalu menemui semula anaknya baru-baru ini.

Bagaimanapun kanak-kanak itu 'dilarikan' oleh datuk dan nenek sebelah bapanya selepas ibu bapanya bercerai sehingga tidak disedari oleh mereka.

Michael Jeff Landers
Michael Landers yang dikesan semula baru-baru ini. Foto kecil wajah Michael ketika dia hilang pada tahun 1994. - Foto ihsan
Ekoran dakwaan ia diculik, pihak berkuasa terpaksa mencari kanak-kanak berusia lima tahun itu yang dikenali sebagai Richard Wayne Landers Jr selama bertahun-tahun, tetapi kes itu senyap begitu saja.

Mereka akhirnya mendapati kanak-kanak itu tinggal bersama datuk dan nenek sebelah bapanya di bandar kecil Minnesota, Browerville dan telah menukar namanya pada tahun 2006 kepada Michael Jeff Landers.

Lisa Harter dan bapa kanak-kanak itu, Richard Wayne Landers Sr mendakwa kehilangan anaknya pada tahun 1994.

Lisa dan Richard kemudian bercerai, dan datuk dan neneknya mendapat hak penjagaan anak mereka selepas memfailkan tuntutan penjagaan cucu mereka.

Selepas Lisa berpindah ke sebuah apartmen dan mendapat jagaan anaknya pada hujung minggu. Dia memfailkan petisyen untuk mendapatkan hak jagaan penuh apabila dia berkahwin.

Pegawai Richard Muntz kemudian memberitahu pihak media bahawa hakim memberi hak penjagaan sementara kepada ibunya sebelum anaknya dibawa lari oleh datuk dan neneknya sendiri.

Pegawai polis, Sherif Peter Mikkelson berkata, siasatan sedang dijalankan untuk kes itu yang bakal dikemukakan kepada pihak berkuasa persekutuan membabitkan kes penculikan.

Michael Landers pula seperti memahami keadaannya dan rela tinggal dengan datuk dan neneknya.

sumber- Sinar

Rumah patung diperbuat daripada gitar

Lorraine Robinson menggunakan seluruh kreativitinya dalam menghasilkan sebuah rumah patung untuk dihadiahkan kepada anak perempuannya. Menariknya, rumah patung ini bukanlah seperti mana yang terdapat dipasaran. Ianya dihasilkan dengan menggunakan sebuah gitar. Lorraine yang juga pemilik Fairy Meadow Miniatures di Australia, menghasilkan sendiri hadiah tersebut sebagai pemberian sempena ulang tahun kelahiran anak perempuannya yang ke-25. Lorainne mengambil masa kira-kira dua minggu antara lima hingga sepuluh jam sehari bagi menghasilkan perhiasan dan perabut kecil untuk dimasukkan ke dalam rumah patung tersebut. Sebagai tambahan, potret keluarga bersaiz kecil turut dilekatkan pada dinidng rumah tersebut.

rumah patung
rumah patung
rumah patung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...