Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, February 9, 2013

Wajah sebenar pelakon utama CJ7

Jika dilihat pada rupa sebenar, pasti ramai yang tidak mengenalinya. Namun sama ada percaya atau tidak, gadis yang bernama Xu Jiao ini merupakan pemegang watak utama sebagai kanak-kanak lelaki disamping Stephen Chow untuk filem CJ7. Dari filem tersebut, Xu Jiao telah merangkul anugerah sebagai Pelakon Baru Terbaik untuk Anugerah Filem Hong Kong. Xu Jiao sememangnya berbakat kerana mampu melakonkan watak sebagai kanak-kanak lelaki dengan baik sehinggakan ramai yang tidak tahu kebenarannya.

Wajah sebenar pelakon utama CJ7
Wajah sebenar pelakon utama CJ7
Wajah sebenar pelakon utama CJ7

Video: Aksi wanita nekad enggan ditahan polis

Seorang wanita telah ditahan polis di Dunhuang, wilayah Gansu, China, kerana dikatakan telah melakukan kesalahan trafik. Dia diarahkan keluar namun enggan memberi kerjasama.

pemandu wanita

Wanita tersebut bukan sahaja tidak mahu keluar dari kenderaannya malah turut menekan minyak bagi melarikan diri. Seorang daripada anggota polis yang terbabit mengambil langkah drastik dengan menerkam ke atas hood kereta tetapi wanita tersebut tetap berdegil tidak mahu berhenti.




"Tolong hentikan kenderaan cepat!" arahan dikeluarkan oleh anggota polis tersebut. "Saya takut, apa yang kamu semua mahu lakukan?" jawab wanita itu. Setelah 5 kilometer, barulah kereta tersebut diberhentikan. Wanita tersebut dibawa ke balai polis untuk siasatan dan diambil tindakan undang-undang.

Pelancong nekad duduk atas bumbung kereta kabel

Dua orang pelancong membahayakan nyawa mereka dengan memanjat bumbung sebuah kereta kabel dengan ketinggian kira-kira 3,000 kaki pada paras gunung. Malah, kedua-dua lelaki tersebut turut menikmati snek makanan ringan di atas bumbung kereta kabel itu yang terletak di Taman Negara Qingtianhe, China.

aksi berani mati

Pada mulanya mereka berdua duduk di dalam kabin yang disediakan, namun disebabkan keinginan untuk melihat pemandangan yang lebih menarik, mereka terus memanjat disamping membawa bekalan makanan.

Pelancong lain hanya melihat gelagat mereka dari dalam kereta kabel masing-masing. Salah seorang dari lelaki tersebut memegang wayer pada kereta itu manakala seorang lagi langsung tidak memegang apa-apa dan kakinya turut terjuntai ke bawah.

"Kami tidak percaya dengan apa yang kami lihat. Selepas beberapa minit, mereka membuka pintu dan terus memanjat lalu duduk bersantai di atas bumbung," kata salah seorang saksi.

Pegawai taman yang terletak di Jiozuo, wilayah Henan tersebut memberi amaran kepada pelancong lain. "Penumpang harus duduk didalam kereta sebagai langkah keselamatan. Kereta kabel mungkin akan berhayun apabila ditiup angin atau mungkin tersentak jika berlaku masalah teknikal. Sesiapa yang melakukan perkara sebegitu boleh mengundang kematian. Perbuatan tersebut adalah bodoh dan kami memberi amaran supaya tidak membahayakan nyawa masing-masing."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...