Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Sunday, February 24, 2013

Video: Mesin yang benar-benar mesra pengguna di Jepun

Pengangkutan awam yang sering menjadi pilihan di Jepun ialah kereta api. Bagi memudahkan perjalanan, mereka menyediakan mesin penjualan tiket secara layan diri. Namun apa yang menjadi masalah di sini ialah, segala panduan dan arahan adalah dalam bahasa tempatan. Sudah pastilah ianya menyukarkan pelancong asing. Tetapi tidak perlu khuatir, butang HELP yang disediakan pada mesin tersebut benar-benar membantu. Apabila ditekan, seorang operator akan muncul di celah-celah mesin tersebut dan sedia membantu untuk sebarang masalah. Agak melucukan kerana ianya tidak ubah seperti sebuah mesin Doraemon.

Mesin yang benar-benar mesra pengguna di Jepun

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Seorang ibu yang menghantar mesej teks bersama gambar anaknya yang dibaluti pita pelekat menegaskan dia tidak melakukan sebarang kesalahan.

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Tiffany Ennis, 31, dari Sandusky, Ohio, tidak mengaku salah atas dua pertuduhan membahayakan kanak-kanak.

Ennis didakwa membaluti pita pelekat disekitar dahi, mata, dan mulut anaknya yang berusia lapan tahun. Gambar itu dihantar kepada ayah kanak-kanak tersebut, Rudy Yado, yang kemudiannya membuat laporan polis.

Ennis memberitahu polis bahawa dia serta rakan dan anak-anak mereka membalutkan pita pelekat di keseluruhan mata dan mulut anaknya kerana ianya melucukan.

Ennis turut melakukan perbuatan yang sama terhadap budak perempuan berusia 11 tahun. Berdasarkan laporan polis, Ennis mengatakan kedua-dua kanak-kanak ini tidak sakit malah langsung tidak meninggalkan sebarang kesan. Ennis tidak berniat untuk menyakiti mereka dan hanya bergurau.

Ibu didakwa kerana membalut pita pelekat di kepala anak

Detektif Sarjan Dana Newell dari Jabatan Polis Sandusky memberitahu media, dia bersama pegawai dari Erie County Child Services telah pergi ke rumah Ennis pada 19 Februari lalu untuk memeriksa keadaan kanak-kanak tersebut.

Setelah menyiasat dari aduan yang dikemukakan, Ennis ditahan atas kesalahan membalut pita pelekat di kepala dan mata kanak-kanak. Dia dijangkakan dibebaskan semula sebelum 30 Mei depan.

Detektif Sarjan Newell tidak dapat mengesahkan sama ada kanak-kanak tersebut masih mendapat hak dibawah penjagaan ibunya atau tidak.

Siasat mayat wanita Malaysia dalam simen

Bandar Seri Begawan: Polis Brunei, semalam melancarkan siasatan terhadap kematian seorang wanita Malaysia yang mayatnya ditemui dalam blok simen di perkarangan rumah seorang rakannya, kematian ngeri terbaru yang mengejutkan di negara itu.

Siasat mayat wanita Malaysia dalam simen

Voon Su Ching, 39, dilapor hilang suaminya pada 13 Februari selepas tidak pulang selepas keluar membeli kek untuk hari jadi anaknya.

Polis menemui mayatnya lima hari kemudian di rumah rakannya yang meminta dia memantau kediaman itu sementara dia bercuti menyambut Tahun Baru Cina.

Jurucakap polis Brunei, Pengiran Abdul Salam Ghani berkata, bedah siasat sudah dijalankan dan polis masih menanti laporan pemeriksaan itu bagi menentukan punca kematian.

“Mayat mangsa sudah diserahkan kepada keluarganya dan akan dibawa pulang ke Malaysia,” kata Abdul Salam kepada wartawan.

Beliau bagaimanapun menafikan laporan media Malaysia bahawa seorang suspek sudah ditahan dan enggan mengulas lebih lanjut mengenai siasatan itu.

Voon yang berasal dari Sarawak menjalankan perniagaan mencuci kereta di Brunei dan tinggal bersama suami dan anak lelakinya.

Banglo tempat mayat itu ditemui masih diperiksa polis.

Sebuah akhbar Malaysia sebelum ini melaporkan, mayat Voon ditemui selepas pemilik banglo itu menemui blok simen setinggi tiga meter di lamannya dengan bau yang busuk.

Jenayah ganas jarang berlaku di Brunei. 

sumber- AFP

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...