Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Saturday, March 2, 2013

Video kejam: Polis heret lelaki di belakang van sampai mati

Pihak berkuasa Afrika Selatan menahan lapan pegawai polis yang menyebabkan kematian seorang lelaki dengan mengheretnya di jalan raya manakala tangannya diikat di belakang van polis.

gambar kejam

Video ini dirakamkan menggunakan telefon bimbit di Daveyton, berdekatan Johannesburg. Walaupun kualitinya agak kurang, tetapi dengan jelas menunjukkan seorang lelaki berbaju merah sedang mendapat layanan buruk dari sekumpulan polis. Orang ramai yang melihat kejadian mengejar van tersebut sambil berteriak.

gambar kejam

Difahamkan mangsa merupakan seorang pemandu teksi Mozambi. Mangsa mati beberapa jam kemudian di dalam lokap selepas mengalami kecederaan serius di bahagian kepala. Keluarga mangsa mengatakan, kejadian tersebut berpunca akibat pertelingkahan antara mangsa dan polis kerana kesalahan meletakkan kenderaan.

gambar kejam

Video: Aksi luar biasa

Qigong merupakan tenaga dalaman yang dikeluarkan bagi membolehkan seseorang melakukan aksi yang luar biasa. Qigong atau lebih mudah dikenali sebagai tenaga dalaman sering digunakan untuk mempraktikkan seni pertahanan diri. Sebenarnya agak sukar untuk memperjelaskan maksud Qigong secara terperinci dan cara mempraktikkannya. Yang penting, mereka harus berdisiplin serta mampu mengawal pernafasan dan pemikiran.

Aksi luar biasa

Video ini adalah salah satu dari aksi luar biasa yang dilakukan oleh mereka yang telah menguasai tenaga dalaman ataupun Qigong. Bukan mudah untuk menggerakkan sebuah trak yang penuh muatan apatah lagi dengan menggunakan kemaluan. Jika tersilap langkah, tidak mustahil  kemaluan mereka yang melakukan aksi sebegini akan putus.

Gadis ketagih makan pewangi ketiak

Seorang remaja mendedahkan dia mempunyai ketagihan paling pelik di dunia kerana tidak dapat berhenti memakan pewangi ketiak.

makan benda pelik

Nicole, 19, dari New York berkata, dia suka dengan rasa pewangi itu ketika dia masih bayi tetapi kemudian menjadi ketagih memakannya sejak dua tahun lalu. Sejak itu, dia sudah memakan secara purata setengah batang bahan itu sehari, sama dengan 15 batang sebulan.

makan benda pelik

Nicole berkata ketagihannya itu menyebabkan mulutnya kering dan mengalami kekejangan di perut. Untuk mengatasi masalah itu, dia kadang-kadang menyembur pewangi ke lidahnya. Nicole berkata: “Otak saya memberitahu, ‘kamu perlu memakannya’. “Saya cuba untuk menghentikan tabiat itu selama seminggu, tetapi jatuh sakit dan pening.

makan benda pelik

“Apabila saya menyedari saya hampir kehabisan pewangi ketiak, saya menjadi panik. Kebimbangan saya semakin bertambah dan saya rasa bagai nak gila.

makan benda pelik

“Tanpanya, saya mungkin menjadi individu yang berbeza,” katanya. Walaupun pewangi ketiak sebahagian besarnya diperbuat daripada minyak dan lilin, bahan utamanya ialah aluminium yang boleh menyebabkan demensia, serangan secara tiba-tiba, malah juga kematian. Teman lelaki Nicole dan rakannya, Zhakia bimbang dengan kesihatan gadis itu dan akhirnya memujuknya untuk berjumpa doktor yang mengesahkan dia mempertaruhkan keadaan kesihatannya. Sejak itu, dia cuba menghentikan tabiatnya dan memakan kacang badam apabila rasa ketagih, tetapi masih memakan sedikit pewangi ketiak setiap hari.

makan benda pelik

“Ia sangat lembut kerana cair di dalam mulut saya. Pewangi ketiak memang mempunyai rasa yang unik dan tersendiri,” katanya.

sumber- Agensi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...