Selamat Datang Ke blog-ketegaq.blogspot.com

Blog terbaik yang menyediakan pelbagai cerita dan artikel menarik dari seluruh dunia. Like kami di facebook tanda sokongan anda dan untuk mendapat update artikel terkini dari kami.

Isu Semasa

Artikel-artikel terkini mengenai isu semasa dalam dan luar negara. Segalanya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pelik

Segala fakta dan artikel mengenai perkara-perkara yang pelik boleh diperolehi di sini. Semua artikel adalah berdasarkan sumber dan kesahihannya anda sendiri tentukan.

Herba Dan Botani

Artikel mengenai tumbuh-tumbuhan yang digunakan untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

Alam Ghaib

Himpunan artikel mengenai alam ghaib yang sukar diperjelaskan dengan mata kasar. Admin mengalukan sumbangan artikel, gambar-gambar atau video untuk dikongsi bersama dalam blog ini.

Thursday, March 14, 2013

Gambar lesen memandu dengan separuh cukuran

Adam Bard cuba membuat kelainan pada gambar lesen memandunya. Dia memberitahu rakannya bahawa dia ingin mencukur separuh dari rambut dan separuh dari jambangnya sebelum mengambil gambar untuk memperbaharui lesennya. Namun mereka tidak percayakannya.

Gambar lesen memandu dengan separuh cukuran

Pada suatu pagi, Bard, yang menetap di Victoria telah pergi ke rumah abangnya lalu mencukur separuh misai serta jambangnya. Setelah itu, dia pergi ke kedai gunting dan meminta mereka untuk mencukur sebahagian rambutnya sahaja.

Gambar lesen memandu dengan separuh cukuran

Hasilnya, gambar Bard menjadi popular setelah dimuat naik ke dalam media sosial Reddit. Dalam tempoh 24 jam, lebih enam juta pengunjung yang melihat potongan rambut peliknya. Dalam masa sehari juga, cerita mengenainya menjadi perbualan hangat di seluruh dunia.

Video: Ibu bagi anak hisap ganja

Seorang ibu ditahan polis setelah video aksinya yang memberikan ganja kepada anaknya mula tersebar. Video mengejutkan dari rakaman telefon bimbit tersebut menunjukkan Rachelle L. Braaten, 24, sedang memegang paip di mulut anak lelakinya lalu disuruhnya untuk menyedut. Kemudiannya kanak-kanak tersebut terbatuk dan menjauhi ibunya manakala terdengar ibunya sedang ketawa.

Ibu bagi anak hisap ganja

Setelah meneliti rakaman video tersebut, polis menggeledah rumah Braaten yang terletak di Centralia, Washington, Amerika Syarikat. Hasilnya, mereka berjaya menemui 40 pokok ganja berserta senjata api yang disembunyikan. Braaten bersama ayah kanak-kanak tersebut Tyler J. Lee, 25, ditahan kerana memiliki dadah dan senjata api.

Kanak-kanak yang dipercayai baru berusia 22 bulan tersebut bersama abangnya yang berusia 5 tahun terpaksa diserahkan kepada badan perkhidmatan sosial.

Memiliki ganja seberat 40 gram atau kurang tidak menjadi kesalahan di negara ini. Namun menanam, mengedar atau memberikannya kepada kanak-kanak dibawah umur tetap merupakan suatu jenayah yang akan dikenakan tindakan undang-undang.

Gambar ilusi yang hanya berkesan kepada lelaki

Jika ditanya kepada lelaki apakah yang mereka nampak di dalam gambar ini? Sudah pastilah  mereka menjawab kelihatan seorang gadis berambut panjang dan berseluar pendek sedang berjalan di lorong tersebut. Hanya dengan melihat dari belakang sahaja mereka sudah membayangkan betapa cantiknya wanita yang dimaksudkan.

Gambar ilusi yang hanya berkesan kepada lelaki
Gambar ilusi yang hanya berkesan kepada lelaki

Namun jika dilihat dengan lebih dekat, adakah mereka ingin menarik balik jawapan yang diberi sebelum ini?

Gambar ilusi yang hanya berkesan kepada lelaki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...