KUALA LUMPUR: Wanita yang bersendirian dan sedang menghampiri kereta mereka kini menjadi sasaran perompak bersenjata.
Dalam tempoh beberapa minggu lalu, beberapa kes melibatkan wanita yang berseorangan dan mereka diserang oleh penyerang yang memiliki senjata. Terbaru kes melibatkan seorang wanita apabila jarinya hampir terputus diserang oleh perompak yang memiliki senjata dan ia berlaku berhampiran Taman Tun Dr Ismail di sini.
Insiden tersebut berlaku pada pukul 6.30 pagi, Ahad.
“Lelaki berkenaan berkulit hitam mengacukan pisau meminta mangsa menyerahkan barangan berharga termasuk beg tangan mereka.
“Kejadian berlaku apabila wanita berkenaan berhenti di depan rumah rakannya di Jalan Datuk Sulaiaman dan tiba-tiba seorang lelaki menaiki motosikal menghampirinya,” Ketua Polis Daerah Brickfields, Assisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid.
Wan Abdul Bari berkata dalam pergelutan tersebut perompak berjaya melarikan diri dan dua jari mangsa hampir terputus apabila suspek cuba menetak mangsa. Perompak tersebut akhirnya berjaya membawa lari beg tangan mangsa.
Kurang 32 jam sebelum itu, seorang lagi wanita turut diserang dan dirompak kurang 9 kilometer daripada tempat tersebut dan kejadian itu berlaku di tempat letak kereta sebuah pusat membeli-belah di sini.
“Kami menerima laporan bahawa wanita yang berusia dalam linkungan 20 an itu dikelar di kepala ketika dia cuba masuk ke dalam keretanya di Mid Valley pada Jumaat,” katanya,
Beliau berkata ketika kejadian wanita wanita tersebut baru sahaja keluar dari lif berhampiran panggung wayang pada pukul 10 malam apabila dia tiba-tiba diserang oleh seorang lelaki bersenjata dengan objek yang tajam.
“Mangsa bergelut dengan suspek yang cuba merampas beg tangannya dan dia merayu kepada perompak berkenaan supaya tidak mengambil barangan tersebut namun mangsa ditetak di kepala,” katanya sambil menambah bahawa wanita berkenaan membuat laporan polis pada pukul 4 pagi Ahad.
Wan Abdul Bari berkatapolis kini sedang menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 395 Akta Kanun Jenayah atas kesalahan melakukan rompakan bersenjata dan sesiapa yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu pihak polis.
Sementara itu, pihak pengurusan Mid Valley City Sdn Bhd berkata wanita berkenaan telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya dengan menaiki ambulans 25 minit selepas kejadian itu berlaku. Mangsa dibenarkan pulang keesokan paginya.
“Manga kehilangan iPhone, dompet yang mengandungi wang tunai, kad pengenalan, lesen memandu dan kad-kad banknya,” katanya.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kejadian serangan dan rompakan itu telah diserahkan kepada pihak berkuasa.
Kes-kes yang melibatkan wanita menjadi sasaran perompak menjadi perhatian apabila seorang pedagang saham Internet Chin Xin-Ci memaklumkan di laman sosial Facebook mengenai serangan dan cubaan menculik yang dilakukan oleh dua lelaki terjadi ke atasnya di pusat membeli belah berkenaan pada 27 Mei lalu.
mStar
0 comments:
Post a Comment