1 - Old Tjikko
Pokok Norway spruce purba ini, setinggi 16 kaki tinggal di Pergunungan Fulufjället, Sweden. Pada usia 9,550 tahun, Old Tjikko ini adalah pokok stem-tunggal klon yang tertua.
Beribu-ribu tahun, iklim tundra menjaga Old Tjikko dalam bentuk pokok renek. Tetapi setelah cuaca panas sejak abad yang lepas, pokok renek telah berkembang menjadi pokok yang sepenuhnya. Penemu pokok spruce ini, ahli geologi Leif Kullman, menamakan pokok itu sempena nama anjingnya yang mati.
2 - Methuselah
Terdapat hidupan di Bumi, yang tertua yang digelar Methuselah, pokok Great Basin Bristlecone Pine @ Pinus longaeva (pain kon-berbulu Great Basin) yang berusia 4,842 tahun, terletak di White Mountains, Inyo County, California. Sebelum ini terdapat sebatang pokok yang lebih tua di sana yang bernama Prometheus tetapi ia telah ditebang pada tahun 1964, disebabkan oleh kemerosotan teruk.
3 - Sarv-e Abarqu
Sarv-e Abarqu adalah pokok Cypress yang berusia 4,000 tahun yang terletak di Abarkooh, Iran. Juga dikenali sebagai 'Zoroastria Sarv', pokok ini memegang tempat yang istimewa dalam hati semua rakyat Iran, dengan konotasi kuat agama.
4 - Llangernyw Yew
Pokok Llangernyw Yew ini terletak di Wales, UK. Pokok Yew biasa di tanah perkuburan dan terkenal dengan umur panjang mereka, tetapi ini adalah satu contoh yang luar biasa.
5 - Alerce
Pokok Alerce ini dikatakan berusia 3,600 tahun, adalah jenis pokok Patagonian Cypress. Sangat berharga kayu pokok ini untuk penduduk tempatan Chile dimana mereka menggunakan kasau bumbung yang dibuat darinya sebagai wang.
6 - The Senator
Pokok Cypress botak gergasi ini hidup di Big Tree Park separa tropika, Florida, antara pokok palma. Senator adalah pohon terbesar di timur Sungai Mississippi. Gergasi setinggi 125 kaki ini berusia kira-kira 3,500 tahun.
7 - Patriarch
Patriarch @ Cariniana legalis adalah salah satu pokok yang terbesar di Hutan Atlantik. Ianya dijangka berusia 3,000 tahun.
8 - Jōmon Sugi
Jōmon Sugi adalah pohon cemara tertua dan terbesar di Jepun dan ditemui pada tahun 1968, dengan tinggi 83 kaki dengan ukurlilit 53 kaki, dianggarkan usianya antara 2,000 – 7,200 tahun. Terletak di dalam hutan berkabus di Pulau Yakushima bahagian paling utara Jepun, 40 minit dengan pesawat dari Bandar Udara Kagoshima.
9 - Old Chestnut
Pokok buah berangan tertua yang diketahui di dunia - yang dikenali sebagai "Tree of 100 Horses" - boleh didapati di jalan raya Linguaglossa, di San D'Alfio, di lereng Gunung Etna di Sicily. Ianya juga adalah pokok berangan terbesar di dunia, berusia antara 2,000 hingga 4,000 tahun.
10 - General Sherman
Pokok Sequoia raksasa ini menjulang tinggi menjangkau 275 kaki, kira-kira setinggi bangunan 27 tingkat, dan 102.6 kaki keliling. Ini menjadikannya pokok individu yang terbesar (mengikut isipadu) dalam dunia. Boleh didapati di Sequoia National Park di California. Para saintis percaya pokok ini berusia daripada 2,300 hingga 2,700 tahun.
sumber- Unikversiti
sumber- Unikversiti
0 comments:
Post a Comment