Di Orlando, pasangan yang terlalu inginkan cahaya mata boleh datang ke Museum Ripley’s Believe It or Not di Pantai Myrtle, South Carolina, Amerika Syarikat (AS). Muzium ini mempamerkan sepasang Patung Kesuburan yang didatangkan khas dari Pantai Gading, Afrika Barat.
Lagenda Patung Kesuburan ini bermula pada tahun 1995. Pemilik Museum Ripley membeli sepasang totem kayu masing-masing berketinggian 1.5 meter untuk menghiasi pejabat pusat mereka di Orlando, Florida. Patung ini dibeli dari suku kaum Baule di Pantai Gading dengan harga masing-masing US$ 1.000.
Pada tahun pertama patung ini dipamerkan, lapan dari 20 pekerja pejabat Ripley memperolehi zuriat. Pekerja wanita Ripley, Kimberly Martin, juga hamil tanpa disangka sedangkan dia mengamalkan pil perancang kehamilan.
Seorang petugas wanita Airborne Express yang kerap menyentuh patung itu ketika dihantar ke Ripley’s Entertainment Inc. juga disahkan hamil.
Misteri mengenai patung ini pernah ditayangkan dalam beberapa rancangan televisyen seperti CNN, Good Morning America!, Unsolved Mysteries (empat kali tayangan), Primer Impacto di Sepanyol, dan sejumlah besar lagi rancangan televisyen tempatan.
Ramai wanita luar yang jauh dari Amerika telah mengirim faks bergambar salinan tangan mereka, potongan pakaian, dan barang-barang lain untuk digosok pada patung tersebut dengan harapan akan memperoleh zuriat.
Patung ini telah dipamerkan di banyak negara seluruh dunia. Menurut Ripley, lebih dari 2.000 wanita hamil setelah menyentuh patung tersebut.
x sanggup den nk bermanje nga patung..hehehe
ReplyDeletehttp://www.kotak-lirik-lagu.com