Misteri peradaban kuno, Chachapoyas ‘Masyarakat Awan’ di puncak Amazon, Peru. Kota kuno Chachapoyas iaitu sebuah kawasan milik "masyarakat awan" yang hilang sejak ratusan tahun lalu telah ditemui semula. Panggilan “masyarakat awan” itu mungkin kerana berdasarkan pergunungan andes yang sering diselimuti oleh awan. Kehidupan dan kebudayaan kota kuno yang wujud sejak abad ke-9 ini masih menjadi misteri dan sukar untuk dirungkai kerana mereka tidak banyak meninggalkan catatan mengenai peradaban masyarakat mereka.
Tapak Karija ini telah dibangunkan hampir 1 abad yang lampau. Tapak tersebut sebenarnya merupakan sebuah tapak perkuburan. Setiap patung memberikan gambaran kedudukan darjat tokoh tersebut semasa hidup. Mungkin boleh dikatakan seakan tapak-tapak perkuburan di Tanah Toraja, Sulawesi, Indonesia.
Kisah bagaimanakah kehidupan di Chachapoyas hampir terus menjadi misteri kerana kedudukannya sangat terasing. Kota kuno Chachapoyas yang hilang ini telah ditemui pada tahun 2008 di hutan tebal Amazon yang sangat terasing oleh kumpulan ekspedisi arkeologi. Jaraknya sekitar 500 km ke sebelah timur laut negara Lima.
Kumpulan arkeologi terbabit telah menemui benteng-benteng daripada batu serta bangunan-bangunan yang berada di tepi jurang dan runtuhan tembok yang terukir dengan lukisan-lukisan yang di pahat di batuan. Mungkin ia dibina oleh masyarakat awan tersebut bagi melindungi diri mereka daripada musuh.
Sayangnya, tidak banyak yang diketahui tentang peradaban kota kuno Chachapoyas ini. Hanya sedikit sahaja catatan berkenaan hal tersebut, termasuk tentang kebudayaan mereka yang berkembang pada abad ke-9. Kenyataannya, kota kuno Chachapoyas ini berada di atas pergunungan. Mengikut sebuah teori, kota Chachapoyas ini sengaja dibina pada kedudukan yang tinggi untuk menjadi pertahanan terhadap serangan musuh.
Akan tetapi, nasib mereka menjadi tidak menentu ketika Empayar Inca semakin berkembang dan berjaya menakluki Kota Chachapoyas sekitar 500 tahun yang lalu. Meskipun bangsa Chachapoyas berjuang bermati-matian, namun kekuatan Tentera Empayar Inca tidak dapat ditandingi. Semasa kehadiran Sepanyol pada tahun 1535, mereka mendapat peluang untuk terlepas dari cengkaman Empayar Inca. Saki-baki masyarakat Chachapoyas yang masih hidup telah berpihak pada Sepanyol untuk berperang melawan Suku Inca. Tetapi tanpa diduga mereka telah diserang oleh penyakit yang dibawa oleh orang eropah iaitu cacar yang seterusnya melenyapkan sebahagian besar populasi masyarakat mereka.
Kulep |
Di Kuelap, terdapat sekitar empat ratus bangunan yang mungkin telah dimakamkan dengan kira-kira 3,500 buah kubur. Bandingkan semula dengan bangunan milik bangsa Inca dan Manchu Picchu yang terkenal itu. Kompleks ini (Kuelap) menunjukkan bahawa bangsa Chachapoyas pada 1000 tahun lalu telah mampu membina sesuatu yang luar biasa.
sumber- beritaunik.net
0 comments:
Post a Comment