Sebelum menjadi masjid, Hagia Sophia merupakan gereja bagi penduduk Empayar Rom Timur ( Byzantine) yang dibina oleh Constantius, iaitu putera pemerintah Byzantine, Constantine. Gereja ini kerap dibaik pulih akibat dilanda gempa bumi.
Keindahan Hagia Sophia dari luar |
Walaupun bangunan ini mempunyai struktur kubah yang tahan gegaran, ianya tetap runtuh. Pada tanggal 7 Mei 558 Masihi, semasa era pemerintahan Justinianus, kubah di sebelah timur Hagia Sophia runtuh akibat gempa bumi. Peristiwa ini berulang pada tanggal 26 Oktober 986 Masihi, ketika pemerintahan Basil II (958-1025).
Struktur dalaman Hagia Sophia |
Kota Konstantinopel akhirnya jatuh ke tangan tentera Islam di bawah pimpinan Sultan Muhammad bin Murad dari kerajaan Uthmaniyah (yang terkenal dengan jolokan 'Al-Fatih' / Sang Penakluk) pada tanggal 27 Mei 1453.
Ketika memasuki kota itu, Al-Fatih turun dari kudanya dan melakukan sujud syukur kepada Allah SWT lalu beliau pergi ke Gereja Hagia Sophia dan memerintahkan agar ianya diubah menjadi Masjid yang terkenal dengan nama Masjid Aya Sofia.
Beliau menggantikan nama Konstantinopel kepada Islam Pol yang bermaksud Kota Islam yang akhirnya menjadi sebutan Istanbul.
Setelah kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyah pada Perang Dunia I, pasukan bersekutu menguasai Istanbul pada tahun 1922 M. Bangunan Aya Sofia yang hampir lima abad dijadikan masjid, diubah menjadi muzium oleh pemerintah baru Turki, Mustafa Kemal Ataturk (Bapa Republik Sekular Turki). Beliau memindahkan ibu kota Turki dari Istanbul ke Ankara.
Pemandangan Hagia Sophia pada waktu malam |
Sejak itu, Masjid Aya Sofia dijadikan salah satu daya tarikan pelancongan yang terkenal oleh kerajaan Turki di Istanbul. Nilai sejarahnya penuh dengan seni binaan Byzantium yang mempesonakan.
Inilah salah satu usaha musuh-musuh Islam untuk menghapuskan jejak kegemilangan dalam Sejarah Islam. Walhalnya, Sultan Muhammad Al-Fatih hanya didukung oleh 265 orang sahaja untuk menakluki kota Byzantium / Konstantinopel / Istanbul yang menjadi pusat Kerajaan Rom Timur (Byzantine).
sumber- redzuan-ridz
0 comments:
Post a Comment