ORANG RAMAI menyaksikan bangkai pesawat syarikat Sita Air yang terbakar selepas ia terhempas dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan, Kathmandu semalam. |
KATHMANDU - Seramai 19 orang maut apabila pesawat yang mereka naiki terhempas selepas dua minit berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Tribhuvan di sini semalam.
Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Nepal, juruterbang pesawat tersebut melaporkan, pesawat itu berlanggar dengan seekor burung beberapa saat sebelum nahas itu berlaku.
Beberapa saksi memberitahu, mereka menyaksikan salah satu sayap pesawat itu terbakar, manakala beberapa penumpang menjerit sebelum ia terhempas kurang satu kilometer dari lapangan terbang tersebut.
Warga asing yang terbunuh itu ialah tujuh rakyat Britain dan lima pelancong China.
Baki mangsa yang terbunuh ialah warga Nepal termasuk tiga kru penerbangan.
Pesawat itu terhempas ketika menuju ke bandar Lukla yang dikenali sebagai pintu masuk ke Gunung Everest.
sumber- Agensi
0 comments:
Post a Comment