Thursday, September 27, 2012

Ganjaran RM200j untuk kahwini gadis lesbian ini

Gigi Chao
Gigi Chao
HONG KONG: Seorang jutawan Hong Kong menawarkan HK$500 juta (RM200.3 juta) “tawaran perkahwinan” kepada mana-mana lelaki yang boleh memenangi hati anak perempuan lesbiannya, semalam.

Cecil Chao mengumumkan tawaran kewangan itu selepas anak perempuannya Gigi, mengahwini pasangan sejenisnya sejak tujuh tahun, di Perancis awal tahun ini, lapor akhbar South China Morning Post.

“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu kaya atau miskin. Yang penting dia pemurah dan berhati mulia,” kata Chao, 76 tahun. 

Katanya, Gigi seorang wanita yang baik, mempunyai bakat dan cantik. Dia sangat menyayangi ibu bapa, pemurah dan sering melakukan kerja amal.

Chao yang mempunyai syarikat pembangunan hartanah Cheuk Nang yang disenarai di papan saham, tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.

Perkahwinan sejenis tidak diiktiraf di Hong Kong, bandar konservatif sosial di mana homoseksual dianggap sebagai jenayah pada 1991. 

Chao seorang yang terkenal di kalangan sosial di Hong Kong dan sentiasa hadir di majlis awam bersama teman wanita terbarunya yang muda. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...