Friday, September 7, 2012

Senapang Rifle Terbesar Di Dunia

'Senapang Gajah' itulah yang digambarkan mengenai senapang besar dari cerita Ali Baba Bujang Lapok"Big Ernie" merupakan senapang rifle terbesar di dunia dan ianya bukanlah replika tetapi benar-benar boleh digunakan. Ianya kini di tempatkan di Da Yoopers Tourist Trap dan dipamerkan di West Ishpeming Michigan, Amerika Syarikat. Panjang senapang tersebut ialah 10.18 m (33 kaki 4 inci) dan disahkan oleh Guinness World Records sebagai Senapang Rifle Paling Besar Di Dunia Yang Boleh Digunakan pada 1 September 2008. Harganya tidak diumumkan kerana ianya bukanlah untuk dijual. Senapang yang luar biasa besarnya ini dimiliki oleh James A. De Caine. Mengikut ukuran dan berat rifle ini, tiada sesiapa yang mampu mengangkatnya dan ia terpaksa ditanggung oleh sebiji lori. Adakah senapang ini berguna untuk aktiviti pemburuan? Mungkin haiwan yang ditembak akan hancur berkecai dan pemburu akan terus berputih mata.

Senapang Rifle Terbesar di dunia
Senapang Rifle Terbesar di dunia

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...