Saturday, September 1, 2012

Pelajar rakam aksi seks

handycam rakam video
gambar hiasan
SINGAPURA: Seorang pelajar berusia 15 tahun dihadapkan ke mahkamah kerana merakam dirinya sendiri mengadakan hubungan seks dengan rakan sekolah berusia 13 tahun dan memuat naik klip video lucah itu di internet.

Remaja dan pasangannya tidak dinamakan.

Mahkamah diberitahu, remaja itu, kini berusia 17 tahun, bertemu pelajar perempuan itu ketika aktiviti sofbal pada Januari 2009. 

Mereka kemudian mengadakan hubungan seks tiga bulan selepas itu dan pada Februari 2010, dia memujuk remaja perempuan itu mengadakan hubungan seks oral (blowjob).

Remaja lelaki itu meminta mengadakan hubungan seks oral beberapa kali dan merekod aksi seks satu sesi tanpa pengetahuan remaja perempuan itu dan menyimpan klip video lucah itu dalam fail bertanda “B****”.

Remaja itu kemudian memuat naik video klip itu di internet dengan tajuk “Singapore teen b****”. Dia turut mendedahkan nama dan nombor telefon pelajar perempuan itu pada klip video itu. 

Pada Julai 2010, dia mengugut memuat naik video aksi asmara mereka di internet sekiranya pelajar perempuan itu enggan melakukan seks oral terhadapnya. Tanpa mengetahui yang video porno itu telah dimuat naik, pelajar perempuan itu bersetuju melakukan seks oral

Keadaan bertambah buruk apabila remaja perempuan itu mula menerima panggilan telefon meminta dia melakukan seks oral daripada orang tidak dikenali. 

Pelajar perempuan itu bersemuka dengan teman lelakinya tetapi dia menafikan memuat naik video itu. Mereka memutuskan hubungan tetapi bertemu kembali pada Disember 2010 di mana pelajar lelaki itu memujuknya melakukan hubungan seks sekali lagi. 

Mangsa kemudian memberitahu gurunya dan laporan polis dibuat. 

Remaja lelaki itu mengaku bersalah atas 21 tuduhan kerana mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur, menghina kehormatannya, mengugut dan menyimpan klip video lucah serta mencuri tiga buah basikal. 

sumber- Straits Times

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...