MOHD. HANIFI dan Wan Mohamed Ramzan dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Kota Bharu semalam selepas dijatuhi hukuman. |
KOTA BHARU – Tindakan kejam dua penganggur yang meragut mangsa tanpa belas kasihan dibalas dengan salah seorang daripadanya dijel 14 tahun enam bulan dengan 20 sebatan manakala rakannya dihukum penjara empat tahun enam bulan dan 10 sebatan di Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mohd. Hanifi Hamzah, 25, selepas dia mengaku salah atas tiga tuduhan termasuk dua kesalahan ragut manakala rakannya, Wan Mohamed Ramzan Wan Nawawi, 32, juga mengaku salah atas satu tuduhan serupa, selain mereka turut dihukum atas satu tuduhan menghapuskan barang curi.
Kedua-dua sahabat itu merupakan penjenayah kes cubaan samun terhadap pembantu klinik, Rohairani Abdullah @ Ibrahim, 36, yang tangan kirinya hampir putus ditetak ketika beg tangannya cuba diragut.
sumber- Kosmo
0 comments:
Post a Comment