Monday, October 1, 2012

Tangan bionik

Mike Swainger
Mike Swainger
LONDON: Seorang bapa menjadi rakyat pertama di Britain yang mempunyai tangan bionik, di Perkhidmatan Kesihatan Nasional (NHS).

Mike Swainger, 33, gembira kerana diberi peluang untuk mencuba teknologi hebat selepas menawarkan diri untuk menjadi bahan eksperimen untuk syarikat yang membuatnya. 

Mike, yang kehilangan bahagian bawah tangan kanan dan kakinya ketika dilanggar oleh kereta api ketika usianya 13 tahun berkata, “Ia menukar hidup saya.” 

Bapa kepada tiga anak dipasang dengan tangan bionik yang mampu berfungsi membuka dan menutup tangan seperti tangan asli, selepas dia melakukan kajian dan menemui pembuatnya.

Tangan itu bergerak menggunakan elektrod yang disambungkan dengan otot di bahagian atas lengan.

Tangan bionik membantu Mike melakukan kerja biasa yang sebelum ini menjadi masalah padanya, seperti mengikat tali kasut dan kini dia memulakan hobi baru, iaitu memancing. 

Katanya, dia sangat seronok kerana akhirnya dapat berpegang tangan dengan anak perempuan bongsunya, Jodie, enam tahun. 

Mike yang berasal dari Hull juga menggunakan kaki palsu dan kerusi roda. 

Katanya: “Ia menggalakkan anda mencuba sesuatu yang baru dan juga dapat memulakan perbualan dengan orang lain. Saya terdengar seorang kanak-kanak berkata, ‘Lihat, ia robot.’” 

sumber-TS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...