Ramai yang menghasilkan rumah dengan cara kreatif bagi menjadikan ia sebagai daya tarikan atau untuk kepuasan diri sendiri. Kenderaan lama dan buruk mungkin sudah tidak mampu untuk beroperasi. Namun, apa salahnya jika ia diubahsuai menjadi sesuatu yang berguna? Sebagai contoh, kenderaan tersebut boleh diubahsuai menjadi rumah.
Kabin kayu dari bas sekolah
Bas ini pernah digunakan untuk menghantar dan mengambil kanak-kanak di Sekolah. Kini, ianya telah berhenti operasi dan diubah suai menjadi kabin kayu yang lengkap dengan kemudahan dapur dan bilik air
Rumah kereta 1925
Dianggap sebagai salah satu 'Rumah Motor' pertama di dunia. Ianya dinamakan 1925 Chevy House Car.
Rumah gerabak kereta api
Walaupun dari luar ianya kelihatan seperti gerabak kereta api biasa, namun hiasan dalamannya amat mengagumkan dan bercirikan rumah moden.
Rumah bas matahari
Lengkap dengan dek matahari serta dapur kayu. Rumah ini dihasilkan oleh Dave Weaver bersama rakannya dari Washington dengan menggabungkan bas sekolah lama dan juga bas Volkswagon lama.
Rumah dalam Jet
JoAnn Ussery, seorang pereka rambut dari Mississippi telah kehilangan rumahnya pada tahun 1994 selepas berlakunya ribut taufan. Dia telah membeli Continental Airlines 727 dengan harga $2,000 bagi menggantikan kediamannya yang telah musnah. Segala hiasan dalaman disusun dengan kemas bagi menjadikannya sebuah rumah.
Apartment lori sampah
Jika dilihat dari gambar ini, ramai yang tidak tidak akan percaya bahawa apartment tersebut berada dalam lori sampah yang biasa.
Rumah ambulans
Gambar ini diambil dalam sebuah ambulans yang telah diubahsuai menjadi rumah.
Rumah keluarga dari bas
Rumah keluarga ini pada asalnya bas sekolah 1994 Blue Bird yang boleh memuatkan 72 penumpang.
Rumah dalam van
Steve, digelar 'Lelaki Van'. Dia mempunyai laman web penuh mengenai pengubahsuaian van atau bas menjadi tempat tinggal.
Hotel Teksi
Ketika berlangsungnya Sukan Olimpik London 2012, seorang pengusaha teksi Davis Weekes menukar keretanya menjadi hotel bergerak.
0 comments:
Post a Comment