Wednesday, November 14, 2012

Langgar suami tak mengundi

PHOENIX: Seorang wanita dari Arizona yang sedih dengan peilihan semula calon Parti Demokratik, Presiden Barack Obama, mengejar kemudian melanggar suaminya dengan kereta keluarga mereka di pinggir bandar Arizona Sabtu lalu kerana suaminya itu tidak mengundi dalam pilihan raya itu, kata polis, semalam.

Holly Solomon, 28 ditahan kerana melanggar suaminya, Daniel Solomon dan polis mengejarnya ketika suaminya itu masih tersepit di bawah kenderaan berkenaan. 

Holly Solomon
Holly Solomon
Jurucakap Polis Gilbert, Sarjan Jesse Sanger berkata, Daniel, 36, berada di dalam kedaan kritikal dan kini dirawat di hospital tempatan dan dijangka selamat. 

Daniel berkata, isterinya berang kerana “dia tidak berminat untuk mengundi” dalam pilihan raya presiden Selasa lalu. Holly percaya keluarganya akan susah sekiranya Obama menang untuk penggal ini.

Saksi berkata, pasangan itu bergaduh di tempat letak kereta dan pertengkaran terus memuncak.

Holly kemudian mengejar suaminya di tempat letak kereta itu dengan kereta sambil menjerit sementara Daniel cuba berlindung di belakang tiang lampu, kata polis. 

Daniel dilanggar ketika cuba berlari ke jalan berdekatan. 

sumber- Reuters

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...