Saturday, November 24, 2012

Masak untuk anak mati

BANGKOK: Seorang wanita tua berusia 80 tahun memasak makanan untuk anak lelakinya yang berusia 60 tahun tanpa mengetahui lelaki itu sudah meninggal dunia.

Polis dihubungi untuk menyiasat kematian itu di tambon Khlong Krachong di daerah Sawankhalok, Sukhothai semalam. Dalam rumah kayu ala Thai, polis menemui Jamnien Sangkhathong sedang memasak di dapur. Di tingkat atas mayat anak lelakinya, Winai Sangkhathong terbaring dengan ditutup selimut. Wanita yang nyanyuk itu mungkin tidak menyedari anaknya sudah mati.

tom yam
gambar hiasan
Apabila dia menyedari ramai orang cuba memasuki kediamannya, Jamnien menyangka dia dalam bahaya lalu mencapai sebilah pisau. Ia mengambil masa sejam untuk polis menenangkannya dan mendapatkan mayat Winai, menurut laporan akhbar Post Today. Polis mendapati Winai sudah mati sekurang-kurangnya lebih daripada 10 jam. Kesan muntah turut ditemui pada mayatnya. Menurut jiran tetangga, Winai dikenali sebagai kaki botol, manakala ibunya pula menghidap demensia. Jamnien bangun untuk menyediakan sarapan pagi buat anak lelakinya tanpa menyedari lelaki itu sudah mati sebelum seorang rakan datang untuk menziarahi Winai. 

sumber- Post Today

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...