Sunday, November 18, 2012

Pengapit pengantin hadir menerusi iPad

Renee Armstrong, rakan yang sepatutnya menjadi pengapit pengantin perempuan tidak dapat menghadirkan diri seperti yang dijanjikan. Namun, dengan teknologi moden sedia ada, dia masih mampu berada di majlis tersebut menerusi iPad.

pengapit pengantin iPad

Jonathan Alberico dan Jamie Wilborn kelihatan berseri pada hari perkahwinan mereka, tetapi ada sesuatu yang menarik perhatian sepanjang berlangsungnya majlis tersebut. Kelihatan seorang lelaki berada bersebelahan pengantin perempuan dengan membawa iPad yang terpapar wajah Renee di skrinnya. Pada waktu yang sama, Renee berada 1,600 batu jauh dari majlis yang diadakan. Dia hanya berkomunikasi dengan tetamu menerusi produk yang dikeluarkan Apple tersebut.

1 comment:

  1. haha teknologi memisahkan atau menghubungkan manusia ? haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...