Sunday, December 16, 2012

Pelajar dibenar tidur atas meja

Sebuah sekolah rendah di bandar Xi'an, Wilayah Shaanxi, China, membenarkan para pelajar untuk tidur di atas meja ketika waktu rehat tengahari.

Seorang guru dari sekolah tersebut berkata, perkara ini turut menerima sokongan dari ibu bapa para pelajar. Ini kerana, waktu rehat tengahari bermula dari pukul 12.10 p.m hingga 2.00 p.m manakala ada ibu bapa yang berasa beban untuk mengambil anak mereka berehat di rumah. "Para pelajar yang tidur di atas meja akan kembali bertenaga selepas rehat," tambah guru tersebut.

budak sekolah tidur

Kawasan sekolah pula tidak menyediakan tempat khusus untuk menampung hampir 3,000 pelajar untuk berehat dalam satu-satu masa. Oleh itu, tidur dan berehat atas meja mungkin alternatif terbaik yang boleh dilakukan.

Ketika ditanya, "Adakah para pelajar berisiko tercedera akibat terjatuh dari meja?" pihak sekolah menjawab, terdapat guru yang sentiasa mengawasi mereka justeru mampu menangani sebarang insiden yang tidak diingini.

Selain itu, pihak sekolah telah meminta ibu bapa menyediakan bantal dan selimut untuk sesi persekolahan tahun hadapan.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...