Dalam satu insiden rompakan, Mohammad Sohail, pemilik sebuah permis di Amerika, telah disamun oleh seorang lelaki bersenjatakan kayu pemukul baseball. Lelaki tersebut meminta agar dia menyerahkan kesemua wang. Sebaliknya, Sohail mengangkat rifle 9 mm yang disembunyikannya di bawah kaunter lalu mengarahkan penyamun tersebut pula meletakkan senjata.
Penyamun yang sebelum ini berani mula terketar dan merayu simpati supaya tidak ditembak. Sohail bertanya mengapa dia melakukan perbuatan sedemikian? Si penyamun menjawab dia tiada pilihan selain merompak untuk menyara keluarga. Setelah diberi penjelasan, Sohail memberikan $40 dan sebungkus roti kepada penyamun tersebut sebelum membenarkan dia beredar.
Namun kisah tersebut masih belum berakhir. Beberapa lama kemudian, Sohail mendapat sepucuk surat dengan ucapan terima kasih beserta wang $50. Surat tersebut menceritakan bagaimana insiden yang berlaku telah mengubah hidup penulis surat ini. "Sekarang saya telah mendapat anak yang baru dilahirkan dan kerja yang baik untuk menyara keluarga. Kamu memberikan saya $40 dan saya amat berterima kasih kerana simpati terhadap hidup saya. Kerana peristiwa itu, kamu telah mengubah hidup saya."
Sohail mula bergurau dengan insiden rompakan tersebut, "Apabila kamu melakukan sesuatu yang baik, ia akan kembali kepada kamu. Saya memberikan dia $40 dan dia kembalikan $50. Ianya satu pelaburan yang baik."
0 comments:
Post a Comment