Friday, January 11, 2013

10 gambar yang mengejutkan

Sayangnya ayah pada anak di Palestine

Sayangnya ayah pada anak di Palestine
Gambar ini menitiskan air mata sesiapa sahaja yang melihatnya. Rakaman ini diperolehi dari dua jurugambar Perancis yang diambil berdekatan Semenanjung Gaza. Gambar tersebut jelas kelihatan seorang ayah yang bernama Jamal al-Durrah cuba mempertahankan anaknya yang berusia 12 tahun, Muhammad al-Durrah, dari terkena tembakan tentera Israel. Mereka bersembunyi di belakang dinding konkrit dan merayu agar diberhentikan tembakan. Malangnya, tentera Israel terus melepaskan bedilan sehingga kedua-dua beranak ini meninggal dunia.

Tragedi pengeboman Hiroshima dan Nagasaki

Tragedi pengeboman Hiroshima dan Nagasaki
Gambar peristiwa ini berlaku pada kemuncak perang dunia ke-2. Pihak ketenteraan Amerika Syarikat telah menghantar dua butir bom atom yang setiap satunya telah memusnahkan bandar Hiroshima dan Nagasaki. Kesannya, seramai 90,000-166,000 penduduk Hiroshima terkorban manakal di Nagasaki pula dianggarkan sekitar-60,000-80,000.

Hukuman mati terhadap tentera Viet Cong

Hukuman mati terhadap tentera Viet Cong
Gambar bertajuk 'Jeneral Nguyen Ngoc Loan menghukum mati seorang banduan Viet Cong di Saigon' ini dianggap sebagai salah satu gambar terkenal dalam sejarah kewartawanan. Bekas jurugambar dari Amerika, Edward Adams ini menerima penganugerahan untuk gambar yang menunjukkan Ketua Polis Selatan Vietnam menjatuhkan hukuman mati ke atas tentera Viet Cong

Peristiwa serangan 11 September

Peristiwa serangan 11 September
Pada 11 September 2001, Amerika Syarikat dikejutkan dengan serangan dua pesawat penumpang yang merempuh menara berkembar World Trade Centre. Walaupun pihak Al-Qaeda dipersalahkan, namun masih banyak misteri mengenai dalang sebenar dan motif serangan tersebut yang tidak diketahui. Insiden ini mengakibatkan kira-kira 3000 nyawa orang yang tidak bersalah menjadi korban. Sesetengah gambar pula ada menunjukkan beberapa individu terjun dari tingkat atas dalam usaha bagi menyelamatkan diri.

Penjara Abu Ghraib

Penjara Abu Ghraib
Setahun selepas pencerobohan Iraq pada tahun 2003, dunia dikejutkan dengan laporan penderaan dan seksaan terhadap banduan di penjara Abu Ghraib. Perkara ini menimbulkan kemarahan dunia lebih-lebih lagi keluarga banduan di situ. Pegawai tentera yang terlibat dalam insiden memalukan tersebut disiasat dan didakwa mengikut undang-undang Amerika Syarikat.

Kanak-kanak dan burung pembangkai

Kanak-kanak dan burung pembangkai
Gambar yang penuh kesengsaraan ini diambil oleh bekas jurugambar dari Afrika Selatan, Kevin Carter. Ianya menunjukkan seorang kanak-kanak Sudan yang sedang kebuluran merangkak ke pusat bantuan bagi mendapatkan makanan. Sementara itu, terdapat seekor burung pembangkai yang sedang memerhati dan menunggu kematian kanak-kanak tersebut bagi dijadikan santapannya.

Hector Pieterson (Kebangkitan Soweto)

Hector Pieterson (Kebangkitan Soweto)
Hector Pieterson menjadi ikon pada tahun 1976 bagi kebangkitan Soweto di Afrika Selatan selepas ditembak mati akibat perbalahan dengan polis ketika bantahan pelajar dilakukan. Gambar ini menunjukkan Hector yang telah tertembak diusung oleh beberapa pelajar lain.

Perkuburan kanak-kanak yang tidak diketahui (Bencana Bhopal)

Perkuburan kanak-kanak yang tidak diketahui (Bencana Bhopal)
Gambar di atas menunjukkan satu daripada lebih 3,787 kematian akibat bencana Bhopal pada tahun 1984. Bencana tersebut diakibatkan oleh gas toksik (MIC) yang dilepaskan dari loji racun perosak Union Carbide India Limited. Kira-kira 40,000 kes penyakit atau kecacatan disahkan akibat terdedah kepada gas tersebut.

Pembunuhan lelaki berkulit hitam

Pembunuhan lelaki berkulit hitam
Foto yang menggemparkan ini menunjukkan pembunuhan dua lelaki berkulit hitam kerana memperkosa seorang wanita berkulit putih dan membunuh teman lelaki wanita tersebut. Mereka diseksa dengan kejam dan digantung di khalayak ramai. Namun, dengan jelas menunjukkan kegembiraan bagi mereka yang menyertai pembunuhan kedua-dua lelaki tersebut.

Yahudi Terakhir Vinnitsa

Yahudi Terakhir Vinnitsa
Gambar yang menunjukkan pembunuhan beramai-ramai kaum Yahudi di Vinnitsa. Seorang lelaki Yahudi berlutut dihadapan kubur yang dipenuhi mayat sebelum dihukum mati oleh seorang ahli Skuad Tentera Kematian SS, Einsatzgruppe D.

1 comment:

  1. bukan ape..memang percaya gambar ini. tapi kejamnya manusia ni kan.harap kita semua dijauhilah..amin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...