Beverly Hills: Aktres, Jodie Foster, mengesahkan khabar angin yang sudah sekian lama tersebar bahawa dia adalah lesbian.
Jodie mengaku demikian pada majlis anugerah Golden Globe semalam. Bagaimanapun, secara berjenaka, aktres itu berkata, dia tidak akan mengadakan sidang akhbar untuk membincangkan kehidupan peribadinya.
Jodie yang terkenal kerana menjalani kehidupan secara privasi, memeranjatkan penonton yang terdiri daripada selebriti ternama Hollywood ketika menerima anugerah pencapaian seumur hidup dengan mengumumkan bahawa dia kini solo.
“Secara serius, saya berharap anda tidak akan kecewa kerana tiada ucapan pengakuan mengenai diri saya sebagai lesbian kerana saya sudah melakukannya ribuan tahun lalu ketika Zaman Batu lagi,” kata aktres itu.
Menurut Jodie, dia sentiasa berterus terang mengenai orientasi seksnya dengan rakan yang dipercayai dan anggota keluarga.
“Tetapi kini, saya diberitahu bahawa semua selebriti dijangka mendedahkan butir mengenai kehidupan peribadi mereka pada sidang akhbar. Tetapi, itu bukan saya,” katanya.
Jodie, 50, kemudian bercakap mengenai bekas kekasihnya, Sidney Bernard, yang bersama-sama dua anak mereka turut menghadiri acara itu. “Terima kasih Sid (Bernard). Saya bangga dengan keluarga moden kita, anak kita yang menakjubkan,” kata Jodie.
Dia dan Bernard berpisah baru-baru ini.
Sejak beberapa tahun lalu, Jodie diselar masyarakat lesbian kerana tidak mengaku secara terbuka bahawa dia adalah di antara mereka.
Aktres yang pernah memenangi dua anugerah Oscar menerusi filem ‘The Silence of the Lambs’ dan ‘The Accused’ berkata, dia menghargai privasinya kerana karier lakonannya pada usia awal, yang bermula ketika dia berumur tiga tahun.
“Jika anda sudah menjadi terkenal sejak bayi lagi, jika anda terpaksa bertarung untuk menjalani kehidupan yang dirasakan benar, ikhlas dan normal, maka anda juga mungkin akan menghargai privasi berbanding perkara lain,” katanya.
sumber- Reuters
sumber- Reuters
0 comments:
Post a Comment