Seorang wanita berusia 28 tahun dari wilayah Henan, China, menjadi tua secara misteri selepas melahirkan anak. Dia kemudiannya telah menjalani pembedahan plastik pada 20 Januari lalu.
Mengikut laporan, wanita malang ini telah melahirkan seorang anak lelaki ketika berusia 22 tahun namun dia amat terkejut apabila mendapati kulitnya mula mengendur menjadi seakan wanita berusia 60-an.
Dia amat takut untuk melihat cermin atau berjalan di luar rumah. Doktor mengatakan kes sebegini amat jarang berlaku. Ianya menjadi misteri bagaimana wanita itu mendapat penyakit tersebut dan hanya pembedahan plastik yang dapat membantunya.
Selepas cerita mengenai wanita ini disiarkan media China pada minggu lalu, sebuah institusi perubatan menawarkan pembedahan percuma.
Dia memilih untuk membuat pembedahan di institusi tempatan dan pembedahan yang dilakukan pada 22 Januari lalu memakan masa sehingga lima jam. Pembedahan ini adalah untuk membentukkan semula wajah, hidung, serta telinganya. Dia dijangkakan akan menerima pembedahan susulan di bahagian mata tidak lama lagi.
"Apa yang saya harapkan hanyalah wajah saya kembali sesuai mengikut umur saya," kata wanita itu.
uish.. macam mana boleh jadi macam tu.tiba-tiba je..
ReplyDeleteawat ek jd cmtu? ada komplikasi ke?
ReplyDelete