Thursday, January 10, 2013

Pertandingan tarik tali menggunakan telinga

Pertandingan tarik tali mungkin perkara biasa yang pernah kita dengar. Bagaimana pula dengan pertandingan tarik tali menggunakan telinga? Amat jarang kita mendengarnya kerana hanya segelintir masyarakat di dunia ini yang masih mengamalkan sukan tersebut. Sukan tarik tali menggunakan telinga atau lebih dikenali sebagai Ear Pull sering dipertandingkan dalam World Eskimo-Indian Olympics (WEIO). Objektif sukan ini adalah untuk menguji kekuatan peserta dalam menahan sakit.

sukan pelik

Dalam pertandingan ini, dua peserta akan berdepan manakala kaki mereka akan terkangkang dan dikunci kait supaya tidak berganjak dari kedudukan asal. Tali sepanjang dua kaki akan disambungkan pada telinga kedua-dua peserta. Jika menggunakan telinga kanan, maka kedua-dua peserta harus menggunakan telinga kanan dan begitu juga sebaliknya. Kemudiannya mereka akan menarik telinga lawan masing-masing sehingga  ada yang mengaku kalah atau tali terputus.

permainan pelik

Permainan ini telah dikeluarkan dari beberapa kejohanan sukan Artik kerana bimbang dengan keselamatan peserta. Langkah ini diambil kerana ramai peserta yang memasuki pertandingan tersebut mengalami kecederaan dan pendarahan serius. Ada juga kes dimana telinga peserta harus menerima jahitan.

lawan telinga

World Eskimo-Indian Olympics (WEIO) adalah acara tahunan yang diadakan empat hari berturut-turut pada bulan Julai atau Ogos. Ianya diwujudkan bagi memelihara budaya dan kemahiran kaum asli dalam melangsungkan hidup. WEIO menampilkan sukan yang telah berakar umbi dari zaman nenek moyang mereka seperti memburu, dan kemahiran melangsungkan hidup masyarakat asli Amerika. Antara perkara lain yang termasuk dalam acara ini ialah tarian dan pertandingan bercerita.

tarik telinga
sakit telinga

2 comments:

  1. putus telinga tu baru padan muka..hahahaa

    ReplyDelete
  2. macam2 mat salleh ni..selagi boleh selagi tu la buat..isk3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...