Monday, January 14, 2013

Video: Buaya kalah dibaham jerung

Jerung putih dikatakan telah memenangi pertarungan raksasa laut setelah kepala seekor buaya besar dihanyutkan dan terdampar di pantai Afrika Selatan.

jerung baham buaya

Brigitte Cary-Smith, 50, dan suaminya Neale, 56, menjumpai kepala buaya terpenggal ketika berjalan-jalan bersama anjing mereka.

Tidak diketahui apakah punca sebenar yang menyebabkan ia mati dalam keadaan mengerikan tetapi pakar tempatan percaya ianya adalah akibat serangan jerung.

Dalam sebuah video pendek, Neale menerangkan pendapatnya mengenai punca kematian tersebut.


Katanya, "Kamu boleh melihat dimana jerung telah mengoyakkannya. Dibahagian daging ini jelas menunjukkan gigi jerung. Ianya perkara biasa jika jerung berenang di laut St Lucia dan bukan perkara luar biasa jika terdapat jerung besar yang berenang berdekatan pantai."

jerung baham buaya

Dipercayai buaya ini adalah sepanjang sepuluh kaki dan terpaksa berhadapan dengan jerung besar ketika bermudik dari sungai ke laut di St Lucia, 150 batu di utara Durban.

Ada juga penduduk yang percaya buaya tersebut merupakan mangsa kepada pemburu haram walaupun ianya masih dipertikaikan kerana kebiasaannya rahang dan kepala haiwan menjadi bahagian paling berharga .

Badak air dan jerung harimau mungkin juga merupakan pembunuh tersebut tetapi pakar tempatan menyatakan hanya jerung putih yang mampu memenggal kepala lawannya dengan begitu rapi.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...