Membelah buah-buahan dengan hanya membaling daun terup seperti seorang ninja bukan lagi sesuatu yang luar biasa. Sudah terlalu ramai individu yang mampu melakukan aksi sebegitu.
Bagi lelaki dari daerah Xishui, wilayah Hubei, China ini, ianya terlalu mudah dan langsung tidak mencabar. Justeru dia mula melakukan sesuatu aksi yang lebih menakjubkan iaitu dengan membelah tin minuman.
Feng Yangxu, 23, benar-benar melakukan aksi tersebut dan siapa sangka kesan dari belahan tin ini datangnya hanya dari sekeping daun terup. Tidak tahu berapa lama masa yang diambil untuk dia berlatih dan berjaya membuat aksi sebegitu.
Yangxu mengakui bahawa dia telah membaling ribuan set daun terup sepanjang hidupnya. Apakah pula yang bakal berlaku jika Yangxu membaling kad-kad ini pada manusia ataupun haiwan hidup?
kena batang leher tu, boleh putus leher..hehehehe
ReplyDelete