Seorang penunggang motosikal di Linhai, wilayah Zhejiang, China, amat bernasib baik kerana dapat mengelak dari terkena hentaman oleh sebuah trak kontena yang terbalik secara tiba-tiba di sebuah persimpangan jalan raya. Punca kejadian mungkin disebabkan oleh trak itu sendiri yang membelok secara laju dengan beban yang tidak dapat ditampungnya lalu terbalik. Kecederaan yang dialami oleh pemandu trak tersebut pula tidak terlalu parah.
0 comments:
Post a Comment