Seorang gadis berusia 10 tahun diikat tangan dan kakinya lalu dibiarkan oleh ayah untuk merentasi sebatang sungai yang terletak di selatan China. Gadis tersebut mengambil masa selama 3 jam untuk berenang menyeberangi sungai tersebut.
Bagaimana seorang ayah sanggup melakukan perkara sebegitu? Dakwa ayahnya, ianya bertujuan bagi membantu anaknya untuk mencapai matlamat menjadi seorang perenang terbaik. Gadis tersebut mendapat ilham dari rancangan televisyen yang memaparkan perbuatan yang hampir sama seperti apa yang dilakukannya.
"Kemahiran berenangnya adalah sempurna malah dia sendiri yang berkeras mahu melakukan perbuatan tersebut," kata Huang Daosheng. Huang Li berenang seperti seekor ikan lumba-lumba dengan jarak lebih sebatu untuk menyeberangi Sungai Xiang.
"Ianya tidak membahayakan kerana, pertama sekali, kemahiran berenangnya amat baik dan kedua, saya berenang bersama dan sentiasa berhampiran dengannya. Li lahir pada usia saya telah menjangkau 35 tahun dan dialah anak kesayangan saya. Saya tidak akan bermain-main dengan nyawanya," kata si ayah.
Gadis tersebut mungkin perenang yang baik kerana telah dilatih sejak berusia enam tahun. Namun kelihatan dia tidak mampu melawan kesejukan sungai. Wajahnya pucat kebiruan ketika diangkat oleh ayahnya untuk keluar dari sungai.
kita langsung tak reti nak berenang..klu diikat cam nie boleh mati lemas agaknya..:-)
ReplyDeletebetul2.. kalau orang dulu2... kebanyakanya bley berenang tetapi budak sekarang,... sunngaio cetek pun boleh lems..
Deleteorg putih ajar anak die berenang mase umur brp bulan je. tak leh jln lagi tapi leh berenang..
ReplyDeletehok aloh..ade jugak mcm ni.bahaya betul.kalau lemas baru tau
ReplyDeletekalu lemah gak... pok yo nyesal la...
Deletejika korg tengok cara ajar bayi berenang memang tidak masuk akal tapi cara itu selamat.
ReplyDeleteKekasih Baru Fizo Omar Cantik Jelita
panduan yang salah
ReplyDeletebelajar apa menyiksa tuh
ReplyDelete