Saturday, February 9, 2013

Banduan telan telefon bimbit

COLOMBO - Seorang banduan Sri Lanka menelan sebuah telefon bimbit bagi mengelak beberapa pengawal penjara menemuinya semasa operasi mencari gajet itu dilakukan di dalam biliknya, kata seorang pegawai hospital semalam.

gambar x-ray
GAMBAR X-ray menunjukkan telefon bimbit (dalam bulatan) yang berada di dalam perut seorang banduan di Colombo. - AFP
Bagaimanapun, beberapa pengawal berkenaan mendengar bunyi telefon tersebut dari dalam perut banduan itu menyebabkannya dihantar ke sebuah hospital di sini.

Beberapa doktor kemudian berjaya mengeluarkan telefon tersebut.

Pegawai tersebut menyatakan, banduan yang berusia 58 tahun itu dirawat di hospital selama dua hari.

Banduan tersebut menjalani hukuman penjara selama 10 tahun kerana mencuri.

Dia menjalani hukuman itu di sebuah penjara di Welikada di sini. 

sumber- AFP

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...