Akibat mabuk, Jessica Yates, 22, telah terjatuh di bilik hotelnya. Namun apa yang lebih menyakitkan ialah, sebatang payung telah tertusuk di mukanya.
Dalam keadaan separuh sedar, dia sebenarnya telah terjatuh ke atas payung yang terbuka menyebabkan salah satu dari bucu payung tersebut menusuk berdekatan hidungnya.
Besi tajam tersebut telah menikam di bahagian gusi. Ketika anggota paramedik tiba, keseluruhan payung itu masih tergantung pada muka Jessica.
Dia dikejarkan ke dua hospital, pertama untuk memotong sebahagian besar payung tersebut dan kemudiannya untuk membuang besi sepanjang 6 inci yang masih terbenam.
Jessica yang bekerja sebagai pengurus kedai kasut di Solihull, West Midlands, ditinggalkan kesan parut sepanjang setengah inci berdekatan hidungnya.
Insiden ini berlaku selepas dia kembali ke bilik hotel setelah keluar bersama rakannya, Laura Sullivan ketika hari hujan di Watford, Herts.
Dia mencampakkan payung ke atas lantai dan merebahkan diri di atas katil. Namun tanpa diduga dia telah terjatuh.
"Saya mabuk dan pada awalnya tidak sedar bahawa payung melekat pada muka saya. Pihak hospital pada akhirnya memberikan ia sebagai cenderamata," kata Jessica.
Padah mabuk ni......
ReplyDelete