Seorang pengurus pub telah merakamkan detik dimana seekor hantu telah membuang telefon bimbitnya ke lantai dari atas sebuah kerusi dimana ianya pernah digunakan oleh mendiang pemilik pub tersebut untuk duduk. Kejadian ini berlaku di New Talbot, yang terletak di West Bromwich, West Midlands.
Ajay Cohan, 30, terserempak dengan insiden tersebut setelah menonton rakaman CCTV untuk melihat apakah yang berlaku pada iPhone miliknya. Cohan bingung apabila telefon bimbitnya hilang secara tiba-tiba di bilik utama permis yang berusia 100 tahun tersebut ketika dia sedang sibuk mengemas pada awal pagi Selasa lalu.
Namun apabila dilihat pada rakaman CCTV, ianya menunjukkan telefon bimbitnya hilang secara misteri dari atas sebuah kerusi pada pukul 2.30 pagi. Seorang pelanggan lama yang sering berkunjung ke situ menyatakan kerusi tersebut merupakan kerusi kegemaran bekas pemilik pub tersebut, Gary Stephens yang meninggal dunia akibat sakit jantung pada tahun 1993. Cohan menjumpai semula telefon bimbitnya pada pagi keesokan harinya yang diletakkan di atas lantai dan dipercayai dilakukan oleh hantu Stephen.
Dia juga menyatakan fungsi getaran pada telefon bimbit tersebut telah rosak. Insiden ini adalah sebahagian dari kejadian aneh yang sering berlaku. Dari rakaman lain yang datangnya dari kamera yang sama ada menunjukkan cahaya terbang yang melintasi bilik pada lewat tengah malam. Pekerja disitu mengatakan ada diantara mereka pernah terasa seperti bahu mereka dipegang ketika bekerja sendirian.
"Ianya menyeramkan. Seluruh keluarga saya tinggal dalam pub ini dan kami merasakan ianya sedikit menakutkan. Saya menjadi gila apabila melihat rakaman tersebut kerana ketika itu tiada sesiapa yang berada berhampiran. Ianya tiada penjelasan bagaimana fungsi getaran telefon bimbit saya boleh rosak. Apa yang kelihatan dalam rakaman adalah seperti tangan yang tidak dapat dilihat sedang menarik telefon saya dan membuangnya dari situ. Semenjak kemunculan cahaya misteri yang berlegar disini, anjing peliharaan kami juga tidak mahu turun ke tingkat bawah," kata Cohan.
huh takut...
ReplyDelete