Sunday, March 10, 2013

Kepala lelaki tertusuk pemutar skru

Seorang lelaki Poland ditembusi besi pemutar skru pada dahinya. Namun ianya hanyalah disedari setelah lelaki tersebut memandang cermin pada kenderaannya.

gambar ngeri

Ketika kejadian, lelaki berusia 25 tahun ini sedang melakukan kerja-kerja berkebun. Entah bagaimana, dia hilang keseimbangan dan terjatuh pada perkakasan yang digunakan. Namun begitu, dia hanya menyedarinya setelah melihat diri sendiri pada cermin.

gambar ngeri

Walaupun amat menyakitkan, lelaki yang tidak dinamakan ini langsung tidak menjerit. Dia cuba menenangkan diri dengan menghisap rokok sebelum meminta pertolongan jirannya untuk menghantarkannya ke hospital.

gambar ngeri

"Saya tidak ingat apakah sebenarnya yang berlaku. Yang pasti, saya sedang melakukan kerja-kerja berkebun sebelum tergelincir dan jatuh," kata lelaki yang mahu dirahsiakan identitinya.

"Perkara lain yang yang saya ingat ialah tangan saya sakit dan terdapat benda pelik melekat berdekatan mata saya."

Pemutar skru tersebut telah menembusi dahinya sepanjang 5cm. Mujurlah ianya tersasar dari mengenai otak.

gambar x-ray

Pembedahan selama 3 jam terpaksa dilakukan di Hospital Universiti yang terletak di Bialystok bagi mengeluarkan pemutar skru tersebut. Akhirnya lelaki ini berjaya diselamatkan dan telah pun beransur pulih.

1 comment:

  1. luar biasa.. Allah maish mengizinkan dia untuk tetap hidup

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...