Monday, March 4, 2013

Kisah benar pengorbanan seorang ibu

Selepas bencana gempa bumi mulai reda, sepasukan penyelamat memulakan operasi di kawasan runtuhan rumah seorang wanita muda. Mereka telah terjumpa mayatnya disebalik runtuhan. Namun ketika ditemui, posisi mayatnya seakan sedang melutut. Badannya membongkok ke hadapan manakala dua tangannya sedang melindungi sesuatu. Runtuhan batu-bata telah menimpa badan dan kepalanya.

Kisah benar pengorbanan seorang ibu

Walaupun tugasan ini terlalu sukar, mereka tetap berusaha sebaik mungkin bagi menyelamatkan mangsa. Ketua pasukan penyelamat ini turut sama bertungkus-lumus membantu pasukannya bagi membolehkan mereka mencapai wanita tersebut. Dia benar-benar berharap mangsa yang ditemui masih bernyawa. Namun, jasad yang sejuk dan kaku ini jelas telah pun meninggal dunia

Dengan kecewanya mereka terpaksa meninggalkan lokasi dan meneruskan operasi menyelamat di runtuhan lain yang berdekatan. Entah bagaimana, terlintas di hati ketua pasukan tersebut untuk kembali ke runtuhan sebelum ini. Sekali lagi dia melutut sambil melihat disebalik celahan kecil di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba dia menjerit dengan gembira, "Ada budak! Di sini ada budak!"

Seluruh anggota pasukan penyelamat terpaksa berkerjasama bagi mengalihkan timbunan objek yang mengelilingi mayat wanita ini.  Akhirnya mereka berjaya menemukan seorang bayi lelaki berusia tiga bulan yang dibaluti selimut berbunga di bawah mayat wanita tersebut. Jelas sekali wanita ini telah melakukan pengorbanan bagi menyelamatkan anaknya. Ketika diambil oleh pasukan penyelamat, bayi yang ditemui masih tidur dengan keadaan lena.

Doktor perubatan dikejarkan secepat mungkin untuk memeriksa bayi tersebut. Selepas dibukakan selimut, kelihatan sebuah telefon bimbit diselitkan di sisinya. Di skrin telefon tersebut, terpapar mesej yang mengatakan, "Jika kamu terselamat, ingatlah bahawa saya amat menyanyangi kamu." Telefon ini diberikan dari satu tangan ke tangan yang lain dan mereka yang membacanya menitiskan airmata.

2 comments:

  1. Aduhai, itulah perngorbanan seorang ibu, doakan supaya ibu dia dikurnaiakan rahmat Ilahi :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...