INDORE: Seorang lelaki yang mempunyai masalah mental telah memotong alat sulitnya sendiri pada Ahad lalu berdekatan kawasan Barfani Dham. Kejadian ini berlaku waktu petang ketika Shahid Hussain, 45, penduduk dari Madina Nagar pergi ke kedai gunting yang terletak di tepi jalan. Kemudiannya dia mencapai pisau cukur dari kaunter lalu terus memotong alat sulitnya sendiri. Saksi yang melihat kejadian segera menghubungi ambulans dan dia dikejarkan ke Hospital Maharaja Yeshwantrao. Keadaannya dikatakan kritikal.
gambar hiasan |
Berdasarkan keterangan polis, Hussain mengalami masalah mental dan telah lari dari rumah sejak 1 Februari lalu. Hasil penyiasatan pihak polis dari balai polis Vijay Nagar mengesahkan, ketagihan berjudi dan kehilangan banyak wang pertaruhan menjadi penyebab mengapa Hussain menjadi kurang siuman. Orang ramai mendakwa mereka sering mendengar Hussain mengatakan dia memenangi loteri.
eii takutnya orang cam nie..huhu
ReplyDelete